Response Aweera Terhadap Caliph Buskers Membuat Anda Terharu

Selesai sudah Anugerah Juara Lagu ke 29 Muzik-Muzik TV3. Tahniah kepada Joe Flizzow dan Sona One kerana menjadi juara AJL ke 29. Walaupun kemenangan berpihak kepada mereka, tetapi The Caliph Buskers menjadi trending di internet. Facebook fanpage The Caliph Buskers yang asalnya mempunyai 1000++ likers naik menjadi 60k likers dalam masa satu hari. Betul hebat mereka ini.
MOJO Romancinta

Namun disebalik kehangatan itu, penyanyi asal Romancinta kelihatan pasrah dan redha kerana tidak dapat menyanyikan lagu itu di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 ini. Apa yang membanggakan rata-rata peminat terus memberikan sokongan padu kepada Aweera untuk terus bangkit. Tidak kurang juga yang masih mendambakan persembahan Aweera untuk lagu Romancinta itu.

“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya… Kunfayakun… semuanya sudah tertulis” – Aweera dalam postnya di instagram.

Aweera terharu dengan sokongan padu peminat dan dalam masa yang sama Aweera Salute The Caliph Buskers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *