Siapa sangka tuah seorang pemuda ini yang menjadi penyanyi lagu Romancinta di Anugerah Juara Lagu menggantikan Penyanyi asal MOJO iaitu Aweera. Menurut Edry dia mencari penyanyi untuk Romancinta di AJL29 di serata tempat dan menemui satu kumpulan Busker (Caliph Buskers) yang kebetulan sedang menyanyikan lagu Romancinta dengan mantap sekali.

Caliph Buskers terdiri daripada enam anggota iaitu Fendy [24], Mohd Zaki Ismail [36], Nirwan Zainal Abidin [26], Khairul Azmi Saad [28], Nor Nadira Rubiana [24], Shahzmeen Abdul Rahman [24]. Istimewanya kumpulan Caliph Buskers ialah walaupun mereka adalah golongan kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, ternyata mereka dikurniakan anugerah dalam suara dan kepintaran mereka bermain alat muzik.

Untuk anda yang terlepas melihat nyanyian mereka dalam konsert AJL 29, anda memang rugi besar!! Sebab suara vokalis, Azmi Saad ternyata sehingga meremangkan segala bulu yang ada..Eh? Maksud kami, bulu roma ok? ehehe..





Persembahan dari Caliph Buskers ini mendapat standing ovation dari semua penonton di Stadium!
One thought on “Romancinta dinyanyikan Oleh Pemuda OKU – Video AJL29”