Kalau sebelum ini ramai rakyat Malaysia mengenali Caliph Buskers melalui persembahan lagu RomanCinta AJL 29 kan? Rupa-rupanya , Vokalis mereka iaitu Azmi Saat pernah membuat persembahan duet bersama Alyah sewaktu Konsert Kesenian Istimewa JKM-RTM 22 Feb 2014. Setahun yang lepas??? Namun, populariti mereka masih belum bersinar seluruh Malaysia meskipun sudah munculkan diri di kaca tv.
Ternyata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu. Tindakan Edry mengambil Caliph Buskers menyertai persembahan bersama kumpulan Mojo ternyata memberi impak yang luarbiasa sekali. Bakat dan kebolehan mereka makin bersinar terang dan bayangkan dalam sehari selesa persembahan di AJL trafik FB Caliph Buskers mencanak naik mencecah 52 ribu orang?! Fuh!
Jom saksikan persembahan duet Azmi Saat dan Alyah menyanyikan lagu Andai Kubercinta Lagi ( Penyanyi asal Mojo) & Muara Cinta (penyanyi asal Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza).