Umph Yang Hilang Bila Filem Kabali ‘DiMelayukan’ Tapi…

Baru-baru ni saya berpeluang menonton Screening Filem yang dilakonkan oleh aktor terkenal Rajinikanth, Kabali. Ramai tahu Rajinikanth punya power dalam lakonan. Dan saya jamin ramai yang kagum dengan effect dan aksi dalam setiap filem lakonan lagenda ini.

poster filem kabali

Bagi anda yang nak pergi layan wayang ni, saya sarankan anda pilih yang versi Tamil sebab inilah antara faktor utama yang mewujudkan  rasa umph! filem Kabali ini. Tapi kalau anda malas nak baca subtitle semasa menonton maka boleh lah layan yang versi melayu. Not bad, dan kelakar. Kelakar sebab anda akan lihat orang India cakap bahasa Melayu urban dengan fasih sekali dan memang ada scene kelakar dalam filem Kabali ni. Merecik hawau!

Untuk Kabali yang telah ‘didubbing’ ke bahasa Melayu ini, sangkaan saya meleset tentang Jalaludin Hassan yang saya jangkakan alih suara Rajinikanth. Ternyata beliau ditugaskan untuk alih suara Mime Gopi sebagai watak Loganathan (Loga) iaitu watak antagonis dalam Kabali. Terbukti Jalaludin Hassan memang sangat sesuai untuk watak itu dan saya yakin beliau sesuai untuk watak Kabali itu sendiri. Namun watak Kabali sebenarnya dialih suara oleh V. Arun Kumaran iaitu seorang hos televisyen tempatan. Selain Jalaludin Hassan, terdapat juga artis tempatan lain yang turut terlibat dalam projek alih suara Filem Kabali ini ke dalam bahasa Melayu iaitu Fathia Latif dan Zamarul Hisham.

Dalam poster Filem Kabali, kelihatan Rosyam Nor dan Norman Hakim sepertinya memegang watak yang penting yang dapat memberi kesan dalam filem Kabali ini. Tapi ternyata mereka hanya memainkan watak yang terlalu sedikit fungsinya yang langsung tak memberi kesan dalam filem ini. Namun saya percaya ianya dilakukan sebagai strategi pemasaran semata-mata untuk menarik lebih ramai penonton ke Panggung wayang menonton Filem Kabali ini.

Secara keseluruhan, jalan ceritanya agak mendatar sebab tiada twist plot yang melampau dan tidak diduga tetapi agak memberi kesan kepada penonton lebih-lebih lagi filem ini menonjolkan isu penindasan yang perlu ditentang dan semangat kekeluargaan yang kuat. Saya percaya, kalau alih suara ke Bahasa Melayu ini masih mengekalkan dialek India bercakap bahasa Melayu sudah pasti kemantapan filem ini masih boleh dikekalkan pada tahap asal. Sejahtera!

One thought on “Umph Yang Hilang Bila Filem Kabali ‘DiMelayukan’ Tapi…

  1. Pingback: Umph Yang Hilang Bila Filem Kabali ‘DiMelayukan’ Tapi… - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *