Sewaktu perjalanan dari New York ke Jordan, melalui atas lautan Atlantic, pesawat Royal Jordanian menghadapi detik-detik mencemaskan. Secara tiba-tiba seorang wanita tanpa amaran melahirkan anak di dalam pesawat, saat itu juga.
![]() |
sumber gambar arabianbusiness |
Wanita berusia 33 tahun itu dibantu oleh doktor dan nurse yang kebetulan berada sekali dalam penerbangan yang sama. Hasil kerjasama doktor, nurse dan krew penerbangan, bayi 2.7 kg itu selamat dilahirkan jam 5.30 petang, waktu New York dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil.
Baca juga :
Menurut doktor yang menyambut bayi itu, proses kelahiran itu berlaku dengan pantas sekali. Wanita berkenaan merupakan warga Jordan dan merantau bersendirian ketika itu. Pada mulanya, kapten pesawat ingin membuat pendaratan kecemasan di landasan penerbangan Kanada. Namun, beliau membatalkan hasrat dan meneruskan perjalanan setelah segala urusan kelahiran berjalan dengan lancar. Sejurus mendarat, ibu dan bayi dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan selanjutnya.
Bayangkan, beranak atas kapal tengah lautan atlantic? Kejadian ini berlaku dengan usia kandungan beliau baru mencecah 31 minggu. Beliau melepasi syarat menaiki kapal terbang yang mana hanya di usia kandungan 36 minggu ke atas sahaja tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Sumber berita alarabiya