Wanita Ini Mempunyai Alasan Tersendiri Biarpun Digelar Andartu Oleh Masyarakat. Kisah Realiti Yang Anda Perlu Saksikan.

Kini, menjadi kebiasaan dalam masyarakat, apabila umur semakin meningkat, belum berkahwin dan mempunyai kerjaya. Ianya seperti trending mengikut peredaran zaman dan senang kata, usia bukanlah penentu segalanya. Namun, perkara sebaliknya masih berlaku di Mesir. 

Kalau dahulu, umur 23 belum berkahwin sudah mula dianggap seperti andartu.Apalagi untuk wanita yang berusia 27 tahun ini. Samah Hamdi,  27 tahun, telah mengenakan pakaian pengantin dan berjalan-jalan mengelilingi Cairo. Bermula daripada laluan keretapi bawah tanah, kawasan terbuka sehinggalah di restoran, Samah kelihatan berpakaian pengantin di sepanjang perjalanan beliau.

Menurut Egyptian Site, Ahram online, tindakan Samah Hamdi berikutan sebagai tanda memprotes tradisi keluarganya & masyarakat Cairo yang memandang rendah pada wanita berusia yang masih belum berkahwin. Samah Hamdi merupakan Pereka hiasan dalaman yang sedang menuntut Master’s Degree Performance Art.
Wanita berkerjaya ini berkata, dia berpakaian sepertimana yang keluarga dan masyarakat selalu memaksa dia untuk menjadi apa yang mereka mahukan selama ini. Tambahnya lagi, masyarakat menghukumnya dengan kata-kata , ” jika anda tidak berkahwin, anda dikira sebagai cacat “.
Menurut laporan tahun 2011, dianggarkan 9 juta egyptians, tidak berkahwin walaupun usia hampir mencecah 33 tahun. Disebabkan tradisi yang tidak boleh diterima pakai untuk zaman sekarang, Samah Hamdi telah menghasilkan video projek durasi selama 5 minit berserta 56 gambar. Video ini memenangi anugerah dalam persembahan Cairo Opera House’s 25th Salon of Young Artists , November 2014. Namun begitu, pandangan ibunya terhadap Samah masih tidak berubah dan masih lagi menganggap beliau sebagai andartu.
Sebahagian sedutan video beliau:

Sumber daripada berita Ahram

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *