Baru-baru ni heboh satu Malaysia pasal penjawat awam yang keluar minum di waktu pejabat. Di facebook sahaja kita boleh lihat betapa ramai orang tak puas hati dan marah dengan isu ini. Mungkin dari pengalaman mereka yang berurusan dengan agensi kerajaan sebelum ni pernah menghadapi kesulitan dan kelewatan. Selain dari stigma yang telah lama disetkan kepada penjawat awam ini yang mereka suka mengular. Isu ini bukanlah isu baru, malah ia telah lama diperkatakan sejak dari dulu lagi.
Pada artikel kali ini, saya Zuhayr Aali nak ajak pembaca untuk melihat dengan lebih dalam isu ini. Oh maaf, saya bekerja sendiri, jadi saya akan menulis dari sudut pandang yang neutral. Kenapa penjawat awam minum diluar ketika waktu pejabat.
1. Skop Tugas Mereka bukan Dalam Pejabat
Kadang-kadang kita terlepas pandang, bahawa penjawat awam yang minum diluar waktu pejabat itu adalah mungkin pemandu kepada Pengarah Jabatan. Selepas menghantar Pengarah mesyuarat di satu-satu agensi sementara menunggu pengarah habis mesyuarat jadi diisi waktu menunggu dengan duduk santai di kedai-kedai minum berhampiran.
2. Pegawai Penguatkuasa
Jika diperhatikan, ada beberapa badan penguatkuasa yang memang tugasnya di luar pejabat bermula jam 8 pagi lagi. Bukanlah mereka tidak sarapan awal-awal, tetapi disebabkan tugas mereka itu diluar mungkin kesempatan ini diambil untuk minum merehatkan diri. Asalkan kerja dah siap.
Baca juga : 5 Survival Warga Asing Di Malaysia, #4 Agak Menyentap Hati
3. Kerja Luar Kawasan
Ada sesetengah penjawat awam yang kerja di luar kawasan, sudah pastinya mereka memilih kedai diluar untuk minum dan sarapan.
4. Waktu Kerja Yang Fleksibel
Secara umumnya, masa pejabat dan masa bekerja bagi penjawat awam adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Namun mengikut #3 tadi, ada sesetengah penjawat awam yang memang kerjanya perlu diselesaikan diluar pejabat. Kelibat mereka diluar pejabat ini boleh sahaja dituduh mengular sedangkan mereka sedang menjalankan tugas masing-masing.
Stigma Pemikiran Masyarakat
Walaubagaimanapun, memang agak menjengkelkan bagi sesetengah penjawat awam yang melepaskan tanggungjawab mereka untuk pergi mengular di pusat membeli belah. Ada penjawat awam sendiri yang mempertikaikan pegawai badan penguatkuasa yang boleh keluar pejabat sedangkan mereka tidak boleh. Mereka tidak sedar yang mereka adalah pegawai yang perlu menjaga kaunter ataupun telefonis.
Selain penjawat awam, sebenarnya ada sahaja pekerja pejabat dari agensi swasta yang bersantai di luar waktu pejabat, namun di fikiran orang ramai, itu adalah penjawat awam. Perkara ini seperti sudah sinonim kepada penjawat awam walaupun pelakunya bukan mereka. Dan saya sangat bersetuju sekiranya penjawat awam yang berkata gaji rendah adalah penyebab mereka mengular, please, berikan peluang dan jawatan itu kepada mereka yang sedia berkhidmat dengan penuh komited diluar sana. Anda carilah pekerjaan yang gajinya lebih tinggi.
One thought on “4 Sebab Penjawat Awam Minum Di Luar Waktu Pejabat”