6 Perangai Sebenar Adik Beradik Di Rumah Bikin Panas

aaaaaa

Bila cakap pasal adik beradik mesti ada yang rasa menyampah, menyakitkan hati, benci dan lain-lain lah yang teruk-teruk perangainya.

Along : Adik, boleh tak jangan kacau along tengah buat kerja ni?

Adik : Ala, adik nak pinjam pen kejap je lah.

Along : Tak nampak ke along tengah guna ni? Pergi main tempat lain lah.

Adik : Oooo tak bagi pinjam eh? Ok adik pergi tempat lain. Hmph!

*Adik sepahkan ruang tamu*

Along : Adikkk! Apa ni? Janganlah buat sepah!

Adik : Laa tadi suruh main tempat lain? Adik main la kat sini.

Along : Masalah sekarang ni adik sepahkan barang ni! Along baru kemas tau tak? Along ngadu kat mama nanti! Padan muka.

Macam-macam ragam adik beradik ni kan? Ada yang baik ada yang nakal. Tapi tu lah harta yang kita ada. So hargai lah adik beradik korang sebab nanti susah pun adik beradik yang korang cari kan?

6 Perangai Sebenar Adik Beradik Di Rumah Bikin Panas

Antara perangai adik beradik yang menyakitkan hati :

1) Berebut chanel tv

Bila along tengah layan drama Korea. Tiba-tiba, adik datang ambil remote lepastu selamba derk dia je tukar cerita kartun. Mahu tak mengamuk alongnya. Haha

2) Mengajuk balik apa yang kita cakap dalam nada yang menjengkelkan hati

Yang ni memang sakit hati. bayangkan lah kita tengah marah dia, pastu dia boleh ajuk balik apa yang kita cakap dengan buat muka buruk dia tu. Haha

3) Tipu masa sebenar bangun pagi

Kita dah set jam macam biasa pukul 6 pagi sebelum pergi kerja. Tapi, tiba-tiba adik masuk bilik kita pastu kejutkan kita cakap yang kita dah lambat pergi kerja. Bila dah cantik-cantik & dah siap, kita tengok jam baru pukul 4 pagi! Kau rasa?

4) Gam/Jahit baju di bahagian kepala

Kita tengah nak sarung baju tiba-tiba tak jumpa lubang kepala baju. Pastu adik dok tendang punggung kita time kita tengah struggle nak pakai baju tu! Wah geram seyh.

5)Berebut ambil makanan yang sama masa di meja makan

Habis bersepah meja makan, gara-gara adik beradik ambil makanan yang sama. Masing-masing taknak mengalah. Fuh!

6) Main tembak-tembak

Adik dok tembak kita guna pistol cikai dia. Tapi cikai-cikai pun, sakit juga! Sebab peluru dia getah tempeh tu. Birat juga la lengan ni.

Meh kita tengok video adik beradik saling menyakat kat bawah ni. Sakit hati tapi kelakar. Hihi.

Gaduh-gaduh pun tapi kita tetap sayang adik beradik kita kan? Hidup tak seri kalau tak ada mereka.

Baca juga Kisah Pasangan Kelakar Di Korea

5 thoughts on “6 Perangai Sebenar Adik Beradik Di Rumah Bikin Panas

  1. Pingback: 6 Perangai Sebenar Adik Beradik Di Rumah Bikin Panas - Best Blogger Network
  2. Pingback: Video Viral Layankan Kepala Gila Mak Dan Anak - Best Blogger Network
  3. Pingback: Penangan Si Triplets Ni Lagi Dahsyat Daripada Datin Rara - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *