Melihat bakatnya bermain drum pada pertama kali membuatkan saya kagum dengan drummer ini. Faktor yang membuatkan saya tertarik pada bakat gadis cilik ini adalah gayanya bermain drum sambil tersenyum selain drummer ini adalah budak perempuan berumur 12 tahun (pada tahun ini). Bakat yang jarang-jarang ada lagi-lagi beliau adalah seorang perempuan dan cukup membanggakan kerana beliau adalah warga Malaysia. Yes, Drummer Girl Malaysia.
Gadis cilik bernama Nur Amira Syahira ini dikatakan mula bermain drum sejak berumur 8 tahun tanpa sebarang didikan bermain drum secara formal. Mira dikatakan hanya belajar bermain drum dari Youtube sahaja selain galakan dari ibu dan bapanya yang menjadikan Mira terus bersemangat untuk meneruskan minatnya untuk bermain drum secara Professional.
Sebenarnya Mira telah banyak membuat persembahan di beberapa siaran TV antaranya termasuklah rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9, Apa Kata Wanita TV1, Selamat Pagi Malaysia TV1 dan banyak lagi. Semoga Mira terus sakses dalam bidang yang Mira pilih. Jom undi Mira dalam HitLikeAGirlContest untuk membolehkan Mira tersenarai dalam 10 finalis dalam pertandingan itu.
Nur Amira Syahira boleh dihubungi di Facebook, dan boleh subscribe di Youtube Channel miliknya.
1. Taylor Swift – You Belong With Me
Baca : Belajar Buat DrumBeat
2. Jeffry Din – Mas Mona
Baca lagi : Rumah Ini Mengeluarkan Bunyi Muzik Setiap Kali Hujan Turun. Idea Yang Kreatif
One thought on “Drummer Cilik Ini Senyum Sambil Main Drum”