Selalu sangat dalam filem mahupun movie luar, akan ada episod berkenaan Piranha. Ya, Piranha yang digembar-gemburkan sebagai haiwan karnivor. Masuk je dalam air, maka siaplah untuk diratah dalam masa beberapa saat. Ngeri bukan? Hehe. Suapan cerita dalam tv sejak kita kecil ternyata berjaya mempengaruhi minda masing-masing.
Tindakan Berani Lelaki Ini Ubah Persepsi Tentang Piranha
Sebut saja nama piranha, akan terbayang kerakusan gigi tajam ikan terbabit. Menurut sumber di wikipedia, serangan piranha pernah berlaku di negara seperti Brazil, Argentina, dan lain-lain. Tapi, piranha ni ada banyak jenis. Jadi, saya rasa reaksi ikan seperti ini bergantung pada keadaan sesuatu tempat. Sebagai contoh dalam video di bawah, ikan tidak memberi reaksi apabila lelaki tersebut cuba menguji dengan masuk ke dalam air perlahan-lahan.
Saya masih ingat lagi, di ladang herba pakcik saya ada menternak piranha (mungkin jenis spesies yang jinak) kacuk ikan bawal.Rasa-rasa jadi ikan apa? Hehe. Kalau tak salah saya lah. Yelah, kawasan ladang yang luas, ada tasik semulajadi, dan hutan tebal . Lokasi yang masih asli untuk pelbagai haiwan liar.
Tapi, rasanya ternak piranha dilarang sama sekali. Terutamanya piranha jenis makan orang. Untuk makluman anda, Piranha juga popular di negara luar sebagai makanan serta gigi ikan dijadikan sebagai alat senjata oleh penduduk asli.
Baca Juga Prank Zombie Kelihatan ‘Real’ Apabila Ada Yang Pengsan
Sebenarnya dalam fikiran ni terfikir, kenapa dalam video di bawah, lelaki ni tak gedebush je terus dalam kolam tu? Haha! ( motif supaya ikan jadi panik ). Ada kemungkinan reaksi piranha akan jadi berbeza sama sekali. Tindakan berani lelaki ini bertujuan untuk mengubah persepsi kita terhadap piranha. Saksikan minit ke 2.10. Piranha hilang selera sebenarnya. Hihi.