Reaksi Positif Peminat Terhadap Scha & Awal Berkenaan Isu Safety Harness

scha dan awal bawa lara dalam shopping mall

Baru-baru ini agak kecoh tentang isu safety harness untuk kanak-kanak ( Tali keselamatan untuk kanak-kanak ) oleh sebilangan netizen selepas pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari memuat naik video Lara Alana yang dipakaikan safety harness di sebuah pusat membeli belah di akaun instagram Lara Alana. Situasi menjadi lebih tegang di kalangan orang ramai apabila ada blogger yang mengeluarkan artikel yang menambahkan kehangatan isu ini lebih-lebih lagi ianya dikaitkan dengan Lara Alana.

Reaksi Positif Peminat Terhadap Scha & Awal Berkenaan Isu Safety Harness

Pada pandangan dan pemerhatian saya, ternyata peminat dan orang ramai lebih bersetuju tentang penggunaan safety harness seperti yang dilakukan oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Rata-rata lebih positif dan lebih memikirkan keselamatan berbanding persepsi buruk dan negatif tentang penggunaan safety harness yang dianggap seperti membawa binatang. Ini betul-betul tentang persepsi. Jangan hanya kerana persepsi anda merisikokan keselamatan orang yang anda sayang.

bag keselamatan untuk kanak-kanak
Tali keselamatan seperti banyak dijual di internet

Anda mesti masih ingat atau terdengar tentang beberapa peristiwa yang pernah viral berkenaan dengan kanak-kanak terjatuh dari eskalator dan kanak-kanak diculik di pasaraya dan shopping mall. Adakah peristiwa seperti ini tidak cukup untuk kita menolak atau melupakan persepsi negatif tentang penggunaan safety harness untuk kanak-kanak ini? Atau masih menuduh bahawa kesemua kejadian ini adalah salah ibu bapa yang tidak menjaga anak-anaknya? Fikir sekali lagi.

isu-safety

Baca pula : Bagaimana Remaja Ini Di Pengaruhi dengan Mudah di Media Sosial.

IMG_20151010_110127_086

One thought on “Reaksi Positif Peminat Terhadap Scha & Awal Berkenaan Isu Safety Harness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *