Jika sebelum ini gadis di Malaysia terpesona dengan kekacakan pemain bola Thailand Charyl Chappuis yang memakai jersi nombor 7, kini giliran jejaka Malaysia pula teruja dengan kecantikan dan keanggunan pemain Sepak Takraw Wanita Thailand bernama Nipaporn Saluphon. Namun kemunculan Nipaporn Saluphon ini kurang mendapat perhatian kerana tidak ramai yang menonton perlawanan ISTAF SuperSeries 2015 yang ditayangkan pada waktu pejabat dikala ramai orang sedang berada di tempat kerja.
Si Cantik Pemain Sepak Takraw Wanita Thailand Jadi Tumpuan di ISTAF Superseries
Gadis berusia 17 Tahun yang dilahirkan pada tahun 1998 dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter ini telah mula bermain Sepak Takraw sejak berumur 10 tahun. Nipaporn dikatakan pernah mengalami kecederaan di buku lalinya akibat terkena rembatan bola takraw pada usia mudanya. Selepas pulih dari kecederaan itu Nipaporn terus jatuh cinta kepada sukan Sepak Takraw dan tidak akan terlepas sebarang perlawanan Sepak Takraw di televisyen. Akhirnya Nipaporn sendiri menjadi salah seorang pemain Sepak Takraw untuk Pasukan Kebangsaan Thailand di posisi Tekong.
Nipaporn menjadi tarikan dalam sukan Sepak Takraw kerana wajahnya yang cantik dan feminin tidak seperti atlit sukan Sepak Takraw yang lain. Namun Nipaporn tidak mengharap popularitinya berdasarkan raut wajah tapi berdasarkan persembahannya dalam sukan Sepak Takraw. Nipaporn dikatakan bermain dengan baik dengan kadar kejayaan menghantar servis bola melebihi 80%, dan ianya adalah peratusan tertinggi dalam kalangan pemain Sepak Takraw Wanita yang lain.
Baca juga : De Fam Dianggotai Wanita-Wanita Cantik