Model hangat KTM iaitu KTM RC akan menerima design baru menggantikan model KTM RC yang lama. Model KTM RC yang baru ini diperkenalkan selepas 8 tahun KTM RC sebelumnya berada dalam pasaran dunia.
Seperti yang boleh dijangka oleh peminat KTM RC, antara bahagian yang mendapat sentuhan terbaru sudah semestinya bahagian lampu hadapan.
Isi Kandungan
Lampu Hadapan KTM RC 2021
Kalau sebelum ni, design lampu hadapan KTM RC menampilkan design 2 biji lampu halogen projektor, kali ini design lampu depan KTM RC 2021 diubah menjadi persis lampu seperti kebiasaan sportbike sekelasnya. Ianya ditambah dengan lampu DRL (day running light) untuk mengikuti trend terkini.
Panel Meter Digital KTM RC 2021
Selain itu, meter untuk KTM RC 2021 ini juga diganti dengan panel meter digital persis seperti model KTM Duke 390. Dinjangka model KTM RC 250 dan 390 juga akan mendapat perubahan sama seperti ini.
Secara Keseluruhan
Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan ZigWheel, model KTM RC yang akan diupgrade dan diperbaharui adalah model KTM RC 200.
Secara logiknya, model lain seperti KTM RC 250 dan KTM RC 390 mesti akan menggunakan design yang sama kan? Takkan lah ada design lain khas untuk CC yang berbeza. Biasanya yang berbeza cuma decals dan sticker sahaja.
Secara keseluruhan, KTM RC 2021 mengubah design tanpa menghilangkan ciri-ciri dan feel KTM RC sebelumnya. Perubahan ketara hanya pada lampu hadapan, seat penumpang, dan panel meter digital. Fairing, tangki, mudguard depan dan belakang, body frame masih mengekalkan ciri-ciri KTM RC. Itu yang kita mahu.
Apa-apa pun bagi peminat model KTM RC, anda dah boleh kumpul duit untuk beli KTM RC versi 2021 ini bila dilancarkan di Malaysia nanti.