Kegilaan apakah sekarang ni? Mata coklat anda boleh ditukar secara kekal menjadi biru ? Malahan, memerlukan masa dalam 20 Saat sahaja, anda dah boleh tukar mata coklat anda jadi biru kekal. Sedang menjadi “trend” masa kini, terutamanya di kalangan wanita, obses dengan contact lens berwarna. Walaupun ada pro dan kon apabila memakai contact lens, anda tetap memilih untuk memakainya (termasuk saya lah. Hehe)
Antara penyebab ialah lens berwarna membuatkan mata anda kelihatan lebih besar serta wajah anda kelihatan berseri (sebab lain daripada warna asal). Ramai berpusu-pusu untuk kelihatan cantik dengan mata yang berwarna. Tapi berbeza pula dengan “omputih” di luar sana yang bermata biru. Mereka pula sukakan mata berwarna coklat kerana bagi mereka, coklat menjadikan seseorang lebih kelihatan seksi dan menarik.
Baca Juga Fakta Ringkas Kekalahan Bruce Lee Dengan Silat gayong
Jadi, Saintis Dr Gregg Homer telah mencipta satu teknologi untuk mengubah warna mata coklat menjadi biru secara kekal. Dan proses tersebut hanya mengambil masa kurang dari 20 saat untuk satu bahagian mata. Di bawah kelolaan syarikat perubatan Stroma, prosedur tersebut dibangun serta dipatenkan sejak tahun 2009 lagi.
Laser Stroma ini berfungsi untuk mengganggu lapisan pigmen, kemudian proses penyingkiran tisu akan berlaku secara beransur-ansur. Dan di akhir proses, mata anda yang asalnya biru itu akan terserlah secara kekal.
Saksikan juga video Discovery Channel mengenai prosedur laser Stroma ini. Flash video
Tanpa sebarang suntikan, proses penukaran warna mata menggunakan laser memakan kos Usd 5,000 sahaja. Pesakit pula hanya perlu melihat animasi berukuran 1cm di hadapan mereka dan diletakkan pada jarak 1 kaki daripada mata pesakit. Pada minggu pertama, iris mata akan menjadi lebih gelap. Perubahan warna kekal mengambil masa antara 2 hingga ke 4 minggu selepas rawatan tersebut.
Apa yang menarik perhatian kami ialah, menurut mereka, sebenarnya semua mata kita adalah berwarna biru. Tapi, kelihatan coklat disebabkan lapisan hadapan iris kita diliputi pigmen berwarna coklat.
Tapi, menjadi persoalan di sini ialah adakah anda sanggup merisikokan nikmat mata yang anda ada sekarang? Hanya kerana obses untuk “membirukan” mata asli anda.
Ramai pakar-pakar menyatakan kerisauan akan munculnya kesan glaukoma selepas 10 tahun. Tapi baca penjelasan mereka mengenai Glaukoma