Bukan mudah nak menyimpan ni kalau tak beriya. Saya sendiri pun jarang-jarang menyimpan. Botol kuih raya dah tersedia ada. Tapi, masukkan duit belum lagi. Haha.
Kami siap beli beberapa balang botol khas untuk simpanan yang berbeza. Untuk travel, kecemasan, dan lain-lain. Tapi belum start buat apa-apa lagi. Haih.
Bila ternampak status Puan Aminahtul Marrdiah saya rasa terinspirasi untuk meneruskan usaha menyimpan duit dalam balang khas yang tersedia ada selama ni.
Kau mungkin rasa terbeban, tapi hasilnya anak kau ada simpanan – Pn Aminahtul Marrdiah
Taktik Wanita Simpan RM12600 Guna Duit RM20 Selama Setahun Untuk Anak
Beliau kongsi duit cara simpan duit untuk anak dalam masa setahun iaitu:
- Sediakan botol kuih raya saiz besar. (Selalunya orang guna isi tempeyek)
- Berbelanja. Tak payah sekat perbelanjaan, beli je keperluan hidup seharian. Tricknya adalah jangan guna not kepingan duit RM20 untuk membeli. Gunakan not duit yang lain.
- Balik rumah, bagi salam terus masukkan semua RM20 yang korang ada ke dalam botol.
- Ulang langkah 1-3 selama setahun.
Cukup setahun, ajak anak untuk kira bersama berapa duit yang dah dikumpul
Kenapa Guna Not RM20?
- Lebih senang nampak disebabkan not RM20 berwarna oren. Taklah besar sangat nilai nak dibandingkan dengan Not RM50
2. Paksa diri suami isteri
3. Terjamin jumlah simpanan
Terima kasih puan sebab menyuntik kembali semangat kami untuk cuba kaedah dan trik ni. Harini jugak saya start! Hehe.
Bukan mudah tapi kami cuba! Daripada tak menyimpan langsung, ada baiknya cuba kaedah dan trik yang Puan Aminahtul dah bongkarkan ni.
2 thoughts on “Taktik Wanita Simpan RM12600 Guna Duit RM20 Selama Setahun Untuk Anak”
Amalan menabung duit bersama anak-anak walaupun RM20 ianya tetap menjadi contoh yang baik buat mereka.
Amalan menabung duit bersama anak-anak walaupun RM20 ianya tetap menjadi contoh yang baik buat mereka.