Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Kalau korang da sampai artikel ni, maknanya korang da baca artikel aku Pregnant Selepas Berurut Dengan Ibu Nisa.

Saya bukukan pengalaman saya dalam eBook di atas (Dalam tu ada ttc journey, alamt/maps/gambar rumah/nombor ibu nisa, tips, dialog special baby aali utk ttcfighters) KLIK UNTUK MENDAPATKAN EBOOK tersebut

Ok, macamana aku tau hari aku subur? Sedangkan period aku tak tetap? Macam yang aku bagitau kat artikel atas, aku tau cycle period selepas buat treatment kat Klinik Dr Hamid Arshat.

Dan kemudian bila tak makan ubat clomid,etc telur aku tak matang. Aku cakap berdasarkan naluri aku. Aku bukanlah doktor, tapi manusia ni dikurniakan dengan firasat yang hebat sejak lahir lagi.

Dan aku kaji sendiri menggunakan naluri semulajadi yang sedia ada. Aku kongsikan pengalaman ni kat korang. Lain orang lain pengalaman. Dan pengalaman aku seperti apa yang aku tulis di artikel berkaitan.

Dan jangan samakan pengalaman aku dengan orang lain.

Ok berbalik kepada cerita kesan waktu subur dengan tepat. Period aku tak tetap.

  1. Rawatan pertama (doktor bagi ubat untuk turunkan darah haid)
  2. Rawatan kedua, aku cek saiz telur matang, 2 minggu lepastu period
  3. Rawatan ketiga, aku cek saiz telur matang lagi, 2 minggu lepastu period
  4. Rawatan keempat, aku cek saiz telur matang & buat IUI, 2 minggu lepastu period
  5. Rawatan kelima, aku jumpa dr hamid untuk consultation sebab aku tak period, tak pregnant (doktor suruh exercise, jaga makan, bagi suplemen biar terjadi secara normal) Tapi dalam masa yang sama set appointment laparoscopy bulan feb 2018 sekiranya masih belum berjaya hamil secara alami dalam masa 4 bulan

Semua ni aku ada cerita secara lengkap kat artikel link di atas. Kalau ada masa, korang bacalah artikel tu. (Untuk yang belum baca).

Ok, dari rawatan 1 – 4 aku dah boleh detect cycle period aku berapa hari. Cara aku, kira dari hari first period sampailah ke hari period yang akan datang. Dan aku dapat detect 30 hari cycle aku.

Untuk yang no 5 tu, aku jumpa doktor sebab aku tak period, tak juga pregnant. Sebab selepas rawatan ke 4 (iui) aku tak dibekalkan dengan clomid lagi.

Jadi, korang boleh nampak tak kaitan? Telur matang hanya bila aku makan clomid. Bila tak makan clomid telur tak matang.

Dan aku bukan berharap semata pada ubat clomid selepas aku da IUI. Aku buat urutan dengan Ibu Nisa & minum air taugeh masa lassst sekali aku datang bulan tu.

Cara aku minum air taugeh semua ada cerita kat artikel Aku Hamil Lepas Minum Air Taugeh & Berurut.

Ok, berdasarkan kesemua rawatan yang diterima tu jugak, aku selalu berjumpa doktor kebanyakannya pada hari ke 15 selepas hari pertama datang bulan. Jadi, aku nampak dan boleh faham sikit flow telur tu membesar. Macamana rupa dia, berapa besar dia, etc.

Jadi, masa appointment ke-5, aku terkejut bila satu telur yang dah matang sedangkan aku budget pcos jadi lagi (telur tak matang).

Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Lepas jumpa doktor, aku buat sedikit kajian dengan baca beberapa blog. Dalam tengah baca tu, ada disebut, bila waktu subur apa akan terjadi pada serviks kita.

Serius cakap aku tak pandai nak bajet bila waktu paling subur. Walaupun pernah beli tester cek waktu subur, alat tu tak membantu aku.

Sebab lepas period, ada beberapa hari yang akan keluar lendir putih jernih. Dan aku tak dapat beza hari yang mana satu paling subur. Haha!

Sampailah aku jumpa cara lain untuk kesan waktu subur ni. Haa, now barulah kita masuk bab Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang.

  • 27 hb cek doktor, ada satu telur matang (aku saspek usia telur ni hari ke15, sebab biasanya hari ke-15 rupa telur matang aku camtu
  • 28hb aku start exercise lari setempat 100+ kali, makan supplement doktor untuk 3 hari sahaja. Kemudian bersama suami (Pintu serviks sangat sempit waktu bersama, libido takda, & senang capai ke dinding rahim)
  • 29hb Start keluar lendir putih jernih agak banyak (ni tanda waktu hari paling subur)
  • 30hb (pintu serviks sempit jugak waktu bersama)

Dan disebut jugak bahawa selepas proses ovulasi, pintu serviks akan tertutup balik sebenarnya. Rujuk gambar bawah:

Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Aku buat kesimpulan sendiri bahawa pembenihan jadi pada 29hb. Sebab apa yang rajah tu cakap memang berlaku kat aku.

Kira Usia Kehamilan Guna Kalkulator Ni

Berdasarkan hari usia telur matang yang aku anggap sebagai hari ke15, aku hanya buat anggaran bila tarikh aku sepatutnya period dan kemudian aku isi anggaran hari first aku period guna kalkulator kira kehamilan kat bawah ni:

Dan hasilnya tepat seperti yang aku jangka. Pembuahan terjadi pada 29hb. Haha!

Tarikh EDD kat atas ni sama je macam tarikh EDD yang diberi doktor Klinik Kesihatan. Hehe.

Inilah masalah bila period kita tak tetap. Kita memang susah nak detect waktu subur dengan tepat. Tapi, tips dari aku:

  1. Doa (doa tu sangat penting. Kita doa sekarang, tapi doa akan termakbul bila tiba waktunya. Dan doa dari mereka yang mustajab sangat penting (ibu bapa, anak kecil belum baligh, orang berenergi tinggi/alim ulama berenergi tinggi). Segala step/usaha yang kami buat untuk dapatkan anak ni hanyalah asbab sahaja)
  2. Kalau korang da lama tak period, gi cek kat doktor, dapatkan nasihat doktor untuk turunkan darah period.
  3. Minum air taugeh dari hari ke2 period hingga habis waktu period untuk matangkan telur ataupun jika doktor bekalkan clomid, makan clomid pun bantu matangkan telur.
  4. Siap-siap buat appointment dengan ibu nisa. Sebab habis period je kena terus berurut dengan Ibu Nisa. Wajib 3 hari berturut dan salah satu hari perlu jatuh pada hari jumaat.
  5. Hari ke15 lepas period hari pertama, pergi klinik untuk cek TVS (cek rahim dari bawah) untuk tengok kematangan telur. Tapi ni untuk cycle 30 hari macam Dya. Kalau cycle period korang berbeza, waktu tempoh telur matang pun mungkin berbeza. Rujuk pada doktor ok? Cek kat klinik mana-mana yang buat cek rahim – tujuan untuk tengok ada telur matang atau tidak.
  6. Exercise & jaga pemakanan
  7. Detect waktu paling subur dengan rasa sendiri keadaan serviks waktu bersama, dan tanda lain adalah ada lendir jernih yang banyak
  8. Dua minggu lepastu kalau tak period, tahniah anda pregnant!

Tapi keadaan aku adalah masalah pcos. Kalau korang ada masalah cyst, rahim terbalik, fibroid, etc kena rujuk doktor pakar. Dan saranan aku pergi klinik Dr Hamid Arshat.

Sebab Dr Hamid ni yang aku perhatikan dia tak buang masa bila makan clomid atau iui tak jadi. Beliau tak tunggu kena buat IUI sampai 3 kali untuk pregnant.

Dr Hamid akan terus bagi nasihat dan saranan rawatan yang sepatutnya. Dan bagi aku, Dr Hamid betul-betul membantu pasangan yang ingin mendapatkan zuriat.

Dan beliau tak fokus untuk membuat duit tapi lebih kepada membantu ramai orang.

Saya doakan korang & pasangan cepat-cepat dapat zuriat yang sempurna sihat nanti. Owh kalau nak tanya tentang no telefon Ibu Nisa, boleh whatsapp saya 01116026692 tapi saya lambat reply sebab terlampau banyak mesej masuk wassap dan kadang akan jammed. Untuk info lebih pantas, terus [KLIK SINI] AKHIRNYA AKU HAMIL okay?

Turutan artikel tentang kehamilan aku:

    1. 6 Tahun Kahwin, Aku Pregnant Lepas berurut
    1. Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat
    1. Aku Harap Rawatan Kesuburan Berjaya Buat Aku Mudah Hamil
  1. Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

One thought on “Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *