Junkfood dari kecik memang semua orang dah terbiasa makan. Termasuk saya lah. Sebab sedap kan? Tapi yang sedap tu lah yang memudaratkan.
Banyak status di facebook milik seorang dr iaitu dr Zubaidi, menasihatkan agar jangan beri anak-anak makan junkfood.
Baca Juga Cara Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Viral
Kenapa Tak Boleh Makan Junkfood?
Menurut Dr Zubaidi, junkfood atau jajan adalah makanan murah yang mudah didapati. Tapi, kandungan kalori sangat tinggi, manakala kandungan serat, protein, vitamin atau mineral sangat kurang.
Junkfood tak akan bagi nutrisi tapi hanya akan memuaskan selera masyarakat.
Kesan Buruk Beri Junkfood Atau Jajan Pada Anak-Anak Kita
Jadi tak hairanlah jika kanak-kanak yang biasa amalkan jajan akan berisiko untuk menghadapi masalah kardiovaskular seawal umur 30 tahun. Ada yang mengalami sakit jantung, angin ahmar dan kanser juga.
Jika mahu anak sihat daripada penyakit kronik & lebih pintar, elakkan makan junkfood. Kalau saya, buang saja dalam tong sampah sebab tak sanggup nak melihat anak-anak makan – dr Zubaidi
Dulu ada seorang pesakit kanak-kanak selalu datang ke klinik, sebab berat badannya yang sangat ringan berbanding rakan sebayanya.
Dah dua tahun berat baru masuk 9kg. Selalu batuk dan diserang asma.
Bila saya selidik, memang suka makan junkfood/jajan sehinga tiada selera nak makan. Minum air pula selalu nak yang manis.
Saya beritahu ibu dia, buatlah sesuatu agar anak meninggalkan tabiat suka makan jajan dan minum minuman manis.
Selepas 6 bulan, saya melihat anak bertambah sihat. Berat pun masuk 15kg. Selsema dan batuk dah kurang sangat.
Rahsianya ialah ibunya bersungguh-sungguh memujuk (kadangkala sampai menangis) anak makan makanan yang dia masak.
Makanan itu dibuatnya bersungguh hingga sedap. Makan sedap tak semestinya mahal.
Dia tak akan membawa anaknya ke kedai lagi kerana takut anak meminta jajan yang dipamerkan. Itulah pengorbanan ibu – kata dr Zubaidi.
Terima kasih Dr Zubaidi kerana banyak memberi info dan menyedarkan masyarakat akan bahaya junkfood/jajan pada masyarakat.
Saya sendiri dah tua bangka macamni pun suka makan junkfood. Tapi, dah mula elak makan junkfood walaupun tiap kali masuk kedai runcit, geram je tengok lambakan produk junkfood kat rak. Hehe.
Saya sendiri cuba untuk amalkan pemakanan sihat dan kini mencuba untuk elak makan makanan yang diproses.
Sebab makanan yang diproses tak bagus untuk kesihatan juga. Sukar nak elak kerana saya rasa 80% makanan kat kedai merupakan makanan yang diproses. Tapi kami cuba untuk amalkan lebih banyak ikan dan sayur lepasni.
One thought on “Kesan Buruk Beri Junkfood Atau Jajan Pada Anak-Anak Kita”
Bagi nasihat kepada anak-anak sejak dari awal, kalau balik sekolah ubah rutin ke kedai runcit (biasanya ada junkfood) ke kedai yang lain atau gerai air buah.