Pengasas produk D’Herbs terlajak laris , Dato’ Aliff Syukri buat post status facebook miliknya berkenaan beg Hermes nilai cecah ratusan ribu ringgit. Bukan berkaitan apa-apa isu kontroversi, cuma Dato’ Aliff meluahkan rasa terkejut dengan cara pembelian beg Hermes di butik itu. TQ dato’ sudi berkongsi pengalaman. Sebab antara aktiviti masa lapang saya suka masuk ke butik-butik mahal. Cuma belum masuk Hermes lagi lah. Hehe. Saja suka-suka jalan dan serap aura kemewahan kat situ sekalipun tak membeli.
Baca Juga 11 Sikap Isteri Hanya Semata Ingin Tarik Perhatian Suami
Eh, ada peranan besar walaupun sekadar window shopping tau. Jom baca luahan menarik Dato’ ( Kami buat pengubahsuaian pada ejaan untuk memudahkan pembacaan ):
Luahan Dato’ Aliff Syukri Pada Beg Hermes Nilai Ratusan Ribu
Luahan perasaan abang terlajak laris. Saja je nak share pengalaman sendiri berkenaan tentang beg HERMES. Almaklumlah ramai sangat orang melayu di IG (instagram) terutama yang mudah sahaja menyandang beg hermes berkin sebab jenama ni jual berbagai beg, kain dan pinggan mangkok. Nnak dipendekkan cerita abang terlajak laris pasal beg hermes berkin ini, abang antara jutaan orang yang minat beg ni. Saje suka tengok bini bergaya, amat teruja lah nak beli 1 beg Hermes Berkin bini. Abang apa lagi pergilah ke butik Hermes dengan hati berkobar-kobar untuk membeli beg berkin dalam hati nak buat surprise bini??
Saje nak cuba brand lain pulak. So nak tukar selera, abang pun pergilah ke butik hermes dan cakap ada tak beg hermes berkin & si pelayan itu menjawab dengan nada yang baik dan lemah lembut
“dato ada rekod dengan kami sebelum ni atau beli apa-apa brand??
saya jawab ??
“Tak pernah beli lah mahal sangat saya tak mampu”
Lepas tu yang paling tak tahan, siap bawak abang nak kena interview, kena interview dengan manager dan ade pula syarat-syarat nak beli contohnya abang kena beli beg-beg design lain atau beli tudung yang beribu-ribu, barulah abang lepas tunggu giliran nak beli 1 beg Hermes Berkin???
Katanya hanya yang ada rekod/regular customer sahaja yang boleh dapat beg ni. Jadi nak cover malu punya pasal abang pun terbelilah tali pinggang dan dompet. Bila dah balik abang terasa menyesal sebenarnya. Kata manager tu beg hermes berkin ni ada di malaysia tak banyak, hanya 5-8 beg saja akan dikeluarkan ke setiap negara amat limited. Harganya saja dah cecah RM50K-RM500K!! Kalau beli lv gucci dapat 10 ahhaah. Bukannya ada emas pun mahal yang amat. Patutlah kalau kulit buaya buatan jenama hermers ni mencecah rm500k???
Nak di pendekkan cerita abg kalau nak juga kena tunggu giliran yg memohon katanya. Jadi abang membawa diri di aussie demi mencari hermes berkin dan paling menyedihkan banyak sangat beg hermes tetapi bukan beg berkin. Beg yang berbentuk biasa-biasa sahaja tetap harganya arrggghhh boleh buat naik haji???
kesimpulanya abang pelik sangat mcm mana ramai sangat yang orang boleh pakai berkin kat msia ni dengan mudah sedangkan abg nak beli 1 pun sampai lahh ni kempunan. Ada yang suruh abang beli melalui online yang katanya original beg berkin tu tapi abg confius. Ok abg nak tido. Rajin betul korang baca luahan perasaan abang sampai habis??? (sumber)
Ok, kesimpulannya di sini, apa yang saya cuba nak sampaikan bukanlah berkenaan ketidakmampuan mahupun kerumitan proses pembelian. Tapi, tahukah anda walaupun harga beg berjenama sangat mahal ratusan ribu, tak salah jika anda masuk dan nikmati kemewahan produk di butik. Sekalipun hanya pandang dan merasakan keasyikan tanpa membeli.
Baca Juga Kisah Anak Muda Bergelar Jutawan Di Usia 19 Tahun
Jangan sesekali katakan anda rakyat marhaen dan tidak akan mampu untuk memiliki. Ayat sebegini akan menyekat pemikiran anda berkenaan kekayaan melimpah ruah Allah S.W.T. Kerana Allah Maha Kaya & anda seharusnya layak untuk kaya dengan izin Nya. Apa yang perlu anda lakukan ialah banyakkan doa dan meminta pada tuhan, banyakkan bersedekah dan banyakkan bersangka baik. Penuhi hidup dengan perkara yang best, inshaAllah kehidupan anda akan sentiasa mencukupi, malah lebih dari apa yang anda bayangkan. Dan jika anda fikir kisah seperti ini sangat mewah sekarang, bila tiba waktu anda di tempat tu, anda akan rasakan ianya “biasa-biasa” saja.
Tak percaya? Cubalah! Mulakan dengan “window shopping” di kedai mewah dan rasakan getaran kemewahan itu. Anda perlu jadi kaya untuk mengkayakan orang yang lain pula selepas itu.
Baca Juga Budak Kecil Cekal Belajar Bercahayakan Lampu Mc Donalds Walaupun Miskin
One thought on “Luahan Dato’ Aliff Syukri Pada Beg Hermes Nilai Ratusan Ribu”