Teringat kembali pada sekitar tahun 1995 sehingga tahun 2000 di mana Walkman menjadi antara gajet mahal yang tak semua orang mampu miliki. Seingat saya Walkman paling murah boleh didapati ketika itu adalah sekitar RM70 – RM150 di Pasaraya MYDIN ataupun di pasar malam untuk jenama SANKYO. Bagi saya secara peribadi, memiliki Walkman pada ketika itu sama rasanya seperti memiliki smartphone canggih pada ketika ini.
Pada ketika itu, Walkman biasanya digunakan kebanyakan student samada di asrama atau di kolej semasa mengulangkaji pelajaran. Antara jenama Walkman yang popular pada zaman itu adalah Sony, Sanyo, Sankyo, dan Aiwa. Pastinya generasi baru ada yang tidak mengenali device yang hangat satu ketika dahulu. Bagi generasi baru ini bila disebut sahaja Walkman sudah pastinya di fikiran mereka terbayang Smartphone Sony Walkman berbeza dengan generasi X sudah pastinya terbayangkan Portable Cassette Player yang berbagai jenama pada zamannya. Baru-baru ini saya ada terjumpa satu iklan di Mudah.my yang menjual Walkman jenama Aiwa dengan harga RM1500. Barang rare memang mahal. 🙂
Baca juga : 10 Smart Phone berkapasiti 4GB Ram Tahun 2015
Baca lagi : 28 Idea Genius Mengabadikan Hasil Kraftangan Bersama Anak-Anak
One thought on “Walkman Di Zaman 90an Yang Memang Legend”