Kami tergamam saat terpandang gambar selekoh di Jalan Lombard, San Francisco. Wow! Itu ungkapan pertama terkeluar dari mulut ( siap ternganga itu wajib, hahaha!). Apa yang menarik perhatian kami ialah selekoh jalan berliku itu kelihatan ngeri jika ingin merentasnya, namun dari sudut pandangan atas, ia kelihatan unik dan kreatif.
Source pinterest |
Jadi kami membuat sedikit kajian mengenai Lombard Street di San Francisco. Lombard Street terkenal dengan 8 selekoh tajam yang pertama di dunia. Reka bentuk ini dicadangkan oleh Carl Henry pada tahun 1822 dengan tujuan untuk mengurangkan kecuraman bukit.
Bunga cantik memang menarik perhatian |
Baca Juga Pucuk Betik Terbukti Sebagai Penawar Demam Denggi. Anda Perlu Ambil Tahu
Untung ada rumah kat sini, hihi |
Pemandangan Lombard Street pada waktu siang
Pada asalnya jalan tersebut adalah jalan sehala dan disebabkan terlalu curam, Jalan Lombard sangat merbahaya untuk kenderaan serta pejalan kaki juga. Oleh itu, blok bengkok yang diturap dengan batu bata merah, dipasang sepanjang 600 kaki dan disyorkan kelajuan kenderaan hanya 8 km/j sahaja.
Kalau Jammed disarankan jangan lalu sini. Menangis nanti.Haha |
Bunga yang mekar ditanam disekeliling jalan menambahkan keunikan Jalan Lombard, San Francisco. Anda pasti ingin jadikan ianya sebagai salah 1 destinasi wajib pergi selepas ini.
2 thoughts on “Hanya Yang Berani Sahaja Akan Teruja Untuk Pandu Lalu Di Selekoh Jalan Lombard”