Lelaki Ini Temui Pergerakan Aneh Seperti Jelly Dalam Anak Mata. Lihat Minit Ke 0.33

Lelaki ini, yang juga dikenali sebagai The Slow Mo Guys cuba merakam anak mata beliau secara dekat dan memperlahankan pergerakan video yang direkodnya. Tindakan beliau mendatangkan rasa pelik dan kagum dalam satu masa yang sama. Video berdurasi selama 2.57 saat ini mungkin kelihatan biasa sampailah anda lihat dan perhatikan betul-betul dari saat 0.33 ( Jangan kerdip mata ok? Hehe )

Pergerakan aneh mata
Secara peribadi, kami melihat video ini dengan pandangan yang berbeza. Terasa seperti dalam mata kita ada kehidupan dan sistem  energy yang kita sendiri tidak sedar bahawa, ianya sangat menakjubkan. Samalah seperti degupan jantung, pergerakan sel-sel darah, pergerakan fikiran dan sebagainya.
Umpama seperti, badan kita ini bukanlah “kita”, dan ianya berada di luar kawalan dan di luar kesedaran ( mestilah tuhan yang kawal ). Secara tak langsung, video ini juga boleh menyedarkan diri sendiri yang mana, hanya menumpang pada host (badan) untuk sementara sahaja.
Kalau melalui pandangan biasa, kita hanya melihat anak mata bergerak kiri dan kanan, membesar dan mengecil. Tapi, dijamin pergerakan perlahan ini jarang sekali kita nampak. Pergerakan mata yang unik dan melantun seperti jeli. Saksikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *