Ini kali kedua saya jejakkan kaki ke JB. Pertama kali jejak kaki, tahun 2011. Itupun sebab gigih berniaga join booth di UTM Skudai. “1st impression” saya masa sampai ke JB, kawasan sangat besar dan memeningkan. Umpama dalam bandar ada bandar lagi. Dan tempat makan memang jadi masalah masa tu.
Serius cakap saya buntu nak makan kat mana. Berseorangan ke JB, gigih angkut barang berat, masa kebulur terus ” blank”.
Jangan Datang Larkin Jika Tak Singgah Makan Di Sri Bayu Perdana
Sampai je kat Larkin, semua team termasuk team Legacy Perfume, saya dan rakan blogger lain terus bergegas ke restoran lauk campur berdekatan stadium. Kami dibawa ke restoran Sri Bayu Perdana untuk santapan tengahari. Jejak kaki depan kedai, ruang restoran kelihatan agak sesak dengan pelanggan. Dan dalam masa yang sama banyak lauk campur yang baru keluar dari dapur. Berasap lagi.
Baca Juga Along Cham Sebagai Hos Perfume JDT
Ruang yang agak terhad di restoran tak dapat dah nak menghalang rasa lapar membuak2 dalam perut masing-masing. Tambah lagi terr nampak, hidangan pelbagai lauk campur tersedia di satu sudut yang agak luas & dipenuhi menu yang menggetar perut dah masa tu. Pheww.
Jujur di waktu kejadian, terlupa nak selfie dengan lauk. dah siap-siap nak cedok lauk je dalam pinggan. Baru sekejap labuhkan punggung atas kerusi, bangun untuk ambil lauk tiba-tiba licin dah. Yileekk. Bukti lauk Sri Bayu Perdana memang sedap!
Restoran ini dimiliki oleh Tuan Haji Wahab dan telah beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Restoran mula beroperasi seawal 6.30 pagi setiap isnin hingga jumaat. Dan lebih 20+ menu lauk campur akan dihidangkan pada waktu makan tengahari. Antaranya seperti ulam-ulaman, pelbagai sambal, ikan/ayam bakar, tempe goreng, eh macam-macam lagi lah!
Sedapnya lah teringat lauk kat Sri Bayu ni. Terliur kejap.
Sekiranya anda ingin ke Johor Bharu , di Larkin terutamanya, ini antara salah satu restoran yang menghidangkan lauk yang lazat. Harga sangat berpatutan dan dijamin anda akan ulang tambah 2 kali makan. Sekiranya ingin menghubungi restoran untuk tempahan, etc boleh terus rujuk maklumat di bawah:
Terima kasih Sri Bayu Perdana untuk hidangan bernilai 5 star di tekak kami. Hehe. Sungguh lauk pauk kampung memang mengenyangkan kami. Alhamdulillah. Kredit gambar makanan, En. Najeeb.
One thought on “Jangan Datang Larkin Jika Tak Singgah Makan Di Sri Bayu Perdana”