Saya pasti ramai kalangan isteri mengaku memahami suami masing-masing.
Isteri biasanya arif tentang apa yang suaminya suka makan, apa hobi suami, siapa kawan-kawan mereka bahkan tahu mood suami dengan hanya melihat cara dan kelakuan suami pada satu-satu masa.
Tetapi tidak semestinya isteri tahu semua perkara lebih-lebih lagi tentang bagaimana sang suami handle masa dan emosi dalam dirinya. Biasanya perkara ini berlaku bila isteri mula menganggap dia seorang sahaja yang telah berkorban untuk keluarga.
Pada waktu ini, romantik sang suami mungkin dipertikai tidak sama macam sebelum berkahwin.
Sedangkan komitmen sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza lebih-lebih lagi bila keluarga makin membesar.
Mungkin teringat masa mula-mula dulu pikat suami yang penuh dengan memori indah.
Ingin saya kongsikan satu kisah yang pernah diterbitkan di Page Kisah Rumah tangga berkaitan bagaimana seharusnya isteri perlu memahami suami dari segi masa dan emosinya.
Salam semua..bila baca kisah2 rumah tangga kalian, sy turut rasa sedih, marah, dan macam2 lagi…sedih bila tengok kebanyakan cerita yang keluar adalah cerita yang sedih-sedih, menyayat hati..
Oleh itu, hari ni..sy nk bkongsi cerita sy sendiri..tentang bagaimana saya jatuh cinta buat kali kedua pada suami saya..
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka..perkahwinan kami bahagia..suami tak pernah lupa anniversary kami, dan kadang-kadang dia belikan hadiah tanpa sebab dan ajak saya kluar makan dinner…
Tapi lepas kelahiran cahaya mata yang pertama kami, saya perasan kami mula berubah..suami dah tak romantik..tolong kemas rumah pun tunggu saya mintk tolong baru nak buat..dia dah takde bagi hadiah, ajak dinner apatah lagi..perbuatan dia semuanya jadi menyakitkan hati..
Lama-lama, kami makin kerap bergaduh..smpai satu tahap, hampir nak bcerai sebab tak tahan dengan prangai masing-masing..saya dah tak boleh tengok muka dia..saya jadi benci yang teramat..pada saya, dia suami yang tak prihatin, tak sayang pada saya dah..saya pnat2 jg anak-anak dirumah, dia langsung tak tunjuk rasa kesian pada saya..semuanya saya buat sendiri..
Banyak kali saya jumpa kata-kata hikmah di FB, saya tag nama dia..tapi dia langsung tak respon..terasa hati,sedih,marah semua ada…jeles bila tgk suami orang lain balas komen isteri dengan ayat-ayat romantik..
” ye, sayang..terima kasih”
“Ok syg”
Tapi dia? Huh,jauh panggang dari api..saya fedup..menjelang anniversary kami yg ke 4, saya dah tak harapkan kejutan apa-apa dari dia..saya bngn pagi, saya uruskn anak-anak, sediakan makanan pagi dan macam yg saya sangka, dia takde ucap apa-apa pun..lepas mandi, makan, terus pergi ofis..mengalir la jugak air mata,tapi saya biarkn je..dah tahu perangai dia..malas nak layan perasaan..bukan ada yang pujuk pn.
Petang bila dia balik, saya tengah tidurkan anak kami yang bongsu..sebab terlalu penat melayan anak-anak bermain,kemaskn rumah berkali-kali..saya tak sedar saya tertidur..adalah dlm 15 minit saya tertidur..sampailah saya terdengar suara anak saya menjerit..saya bukak mata, nampak suami saya masih dengan pakaian kerja, necktie pun belum dibuang sedang pujuk anak saya yang tengah mngamuk..
“Adam,jgn bising Dam..Umi tengah tidur, kesian umi..penat jaga Adam dengan adik-adik..”
Allahuakbar..saat tu jugak, terasa mengalir air mata saya, tp saya pura-pura masih tidur..ayat dia simple, tapi menusuk kalbu saya..rupanya dia mengerti, dia faham..cuma dia tak reti nak tunjuk..saya nampak wajah dia kepenatan, barangkali belum sempat meneguk air mahupun menjamah makanan..dia kumpulkn mainan anak-anak dan tolong sapu tempat makan yg anak-anak sepahkan..
Saat tu saya tersedar, hakikatny saya yang patut berubah..saya dah tak perlukan kata-kata romantik dari dia mcm dulu..definisi romantik kami dah berubah..
kesabaran dia melayan anak-anak walaupun penat, itulah romantik..
Kesungguhan dia mencari nafkah untuk kamu sekeluarga, itulah romantik..
Kesanggupan dia membasuh berak anak-anak, itulah romantik..
Kerelaan dia duduk di rumah waktu cuti, itulah romantik..
Saya masih menangis dalam diam..agaknya suami nmpk saya tersedu-sedu, dia pun datang ke arah saya dan ckp, “sayang penat sangat ke? Pergilah rehat dulu..biar abang siapkan anak-anak..”
Saya cuma geleng kepala dan senyum..seingat saya, itulah pertama kali saya senyum dengan penuh keikhlasan dan rasa cinta pada suami saya..
Dan sambil usap tangan saya, dia bagitahu “Happy Anniversary sayang..abg tak sempat belikan hadiah..tapi abg tak lupa..harini abang betul-betul sibuk..cuti ni kita bwk anak-anak keluar jalan-jalan ye…pastu abang belikan sayang coklat Cadbury 3 bar”..oh,saya memang hantu coklat..
Benarlah, saya dah jatuh cinta kali kedua..
Kesimpulannya, kadang-kadang kita rasa suami kita yg paling teruk..dah tak macam dulu..tak romantik macam suami org lain..tapi kalau kita perhatikan benda2 kecil yang dia buat, sebenarnya itulah tanda sayang dia pada kita..kalau dia snggup habiskn masa cuti dengan kluarga, bawak kluarga keluar jalan-jalan..bersyukurlah..itulah tanda sayang dia pada kita..
Moga kita dikurniakan rumah tangga yg berkat dan dilimpahi sakinah, mawaddah warahmah..
Dalam hidup berkahwin, toleransi adalah sangat penting.
Sebagai pasangan yang hebat dan saling memahami seharusnya kita tidak perlu mempertikai atau bertanya apa kebaikan yang perlu pasangan kita lakukan terhadap kita atau keluarga, sebab akibatnya akan membuatkan kita merasa kitalah yang terbaik. Masing-masing ada waktu sibuknya, ada waktu penatnya.
Tidak perlu kita mempertikai siapa lagi penat dan siapa lagi sibuk dengan tugasan seharian.