Seorang Professor di San Diego State University, Georg Matt telah membuat kajian yang menunjukkan bayi tetap akan menyerap nikotin walaupun ibu atau bapa mereka merokok di luar rumah. Menurut kajiannya 90 peratus daripada nikotin dari rokok yang dihisap boleh melekat pada pakaian, dinding, rambut dan kulit.
Menurutnya lagi, bahan kimia dari rokok ini boleh terdedah kepada orang lain yang tidak merokok melalui medium udara yang melekat pada kulit, rambut atau pakaian “second-smoker” yang kemudian akan merisikokan bayi atau anak-anak.
Bahaya Merokok Pada Bayi
Georg Matt dalam kajiannya terhadap 49 orang bayi yang berumur tidak lebih 13 bulan mendapati ada kandungan cotine iaitu bahan berunsur nikotin pada air kencing dan rambut bayi walaupun ibu bapa mereka merokok di luar rumah. Bayi dan kanak-kanak ini mendapat kesemua bahan ini bukanlah dari merokok, tetapi dari barang yang disentuh dan pastinya dari sentuhan ibu atau bapa.
Baca : Cara Efektif Berhenti Merokok
Ibu yang menyentuh bayi juga sebenarnya telah terdedah kepada bahan nikotin ini sekiranya si suami adalah perokok. Anda patut tahu bahaya merokok pada bayi.
Teringat pulak satu iklan pelembut kain Downy Comfort yang dibintangi oleh Bella Dally dan Shazreen Fazlynda berkenaan dengan bau yang melekat dan sentiasa ikut kemana kita pergi.
Baca ni pula : Cara Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Kereta Terkunci
3 thoughts on “Bayi Tetap Serap Nikotin Walaupun Ibu Bapa Merokok Di Luar”