Barangkali RM8000 Untuk 1 Persembahan Jika Di Bawah Naungan KRU

Selepas nama Caliph Buskers melonjak gara-gara persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke 29 baru-baru ini ada desas desus mengatakan Caliph Buskers sudah semakin demand dalam soal bayaran persembahan. Ramai pulak yang tak senang hati dengan isu sebegini. Namun sebenarnya terdapat penjelasan sebenar dari pihak Caliph berkenaan isu ini.

Mereka mengakui telah menaikkan harga persembahan dari RM1000 ke sekitar RM2000, tetapi kenaikan ini adalah untuk menanggung beberapa kos termasuk kos pengangkutan dan kos kos lain.

Jika dahulu kami mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini kami mengenakan bayaran sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan. Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Lagipun, kami perlu menjaga taraf kami sebagai penghibur profesional dan hal ini sudah dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.

 Caliph Buskers juga menafikan mereka dipengaruhi oleh KRU dalam menentukan harga persembahan.

Jika mereka mempengaruhi kami dan kami sememangnya artis di bawah naungan mereka, sudah tentu mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi, barangkali sekitar RM8,000 bagi satu persembahan. Saya tegaskan di sini, mereka (KRU) tidak langsung berpengaruh dalam isu pembayaran. Hal ini kerana, kami lebih gemar untuk menguruskan sendiri urusan pembayaran tersebut.

Jelas kat sini sebenarnya Caliph Buskers telah memikirkan kos yang makin bertambah. Lagipun bagi saya mereka layak untuk naikkan harga sedikit memandangkan ini adalah punca utama rezeki mereka. Semoga Caliph Buskers terus maju dan diluaskan lagi rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *