Info tambahan: Cyberview Resort & Spa merupakan resort bertaraf 5 bintang. Dan ianya dimiliki oleh Syarikat Setia Haruman Sdn Bhd. serta diuruskan oleh Cyberview Lodge Sdn Bhd
Dalam banyak-banyak tempat berbuka puasa, saya rasa bufet ramadhan di Cyberview Resort & Spa ada sedikit kelainan berbanding tempat lain. Kebiasaannya, kami akan berbuka puasa samada di dalam dewan ataupun di hotel.
Isi Kandungan
Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah
Dan biasalah, dekorasi hotel lebih kepada suasana dalam bangunan. Tak pandai nak bahasakan bagaimana. Hehe. Tapi, di Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa agak berbeza sedikit, kerana dekorasi bufet ramadhan untuk tahun 2017 lebih kepada konsep berbuka puasa di dalam taman tropika.
Sampai saja di Cyberview Resort & Spa, di perkarangan lobi resort, bau bunga harum melekat semerbak. Amboi. Hehe.
Di Restoran Verandah ini menyediakan sehingga 23 stesen makanan yang menghidangkan lebih 222 hidangan untuk kita berbuka puasa. Fuhh, memang banyak menu best kat sini. Ada masakan Melayu, Cina, Jepun, Itali, Mexico dan lain-lain. Dan sempat juga saya bertanya, bilangan chef yang kendali semua stesen ini ada dalam lebih kurang 47 orang semuanya.
Masakan Kegemaran Penulis di Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa?
Ada beberapa masakan yang saya sendiri sampai bertambah dua kali. Antaranya:
- Masak lemak tempoyak ikan patin & talapia (untuk makluman, anda boleh milih jenis ikan berbeza untuk masakan asam pedas, tempoyak dan masak lemak)
- Udang serta sayur dimasak secara Pouch, yang mana udang segar sahaja akan dimasak. (Saya ada alahan pada udang yang boleh buat bibir bengkak lepas makan. Tapi, kalini saya berjaya tambah sehingga 2 pinggan udang dan tidak terkena sebarang alahan langsung. Ini menunjukkan bahawa udang di sini memang betul-betul segar)
- Crispy durian roll yang berintikan durian Musang King ( menu ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya rasa. Sebab? Ia rangup di luar, cair di dalam mulut. Tahniah kepada chef yang mencipta resepi crispy durian roll. Memang sedap )
3 Ruang Makan Berbeza Di Restoran Verandah
Waalupun ada ruangan berbuka puasa berkonsepkan dalam taman, ada juga ruangan di dalam bangunan restoran itu sendiri. Dan terpulanglah jika inginkan udara segar boleh pilih untuk berbuka di sekitar luar restoran. Jika inginkan tempat berhawa dingin boleh pilih di dalam restoran itu sendiri. Kat luar restoran ada dalam belasan gerai. Di dalam restoran pun ada juga stesen makanan. Memang puas lah makan sebab banyak sangat pilihan! Hehe.
Berapa Harga Bufet Ramadhan di Restoran Verandah?
Ok, ini satu kelainan lagi yang perlu anda tahu. Harga di hujung minggu lebih murah berbanding harga berbuka puasa hari biasa. Berapa?
Isnin – Jumaat :
Dewasa RM138 nett seorang
Kanak-kanak atas 5 tahun = RM69
Kanak-kanak bawah 5 tahun = PERCUMA
Sabtu & Ahad:
Dewasa RM100 nett seorang
Kanak-kanak atas 5 tahun = RM50
Kanak-kanak bawah 5 tahun = PERCUMA
Biasanya, kalau hujung minggu harga untuk berbuka puasa lebih mahal berbanding hari biasa. Tapi, di Restoran Verandah mengenakan harga yang berlainan & lebih murah di hujung minggu.
Cara Untuk Tempah Bufet Ramadhan Restoran Verandah?
Macam bisalah, peringatan supaya tempah awal sebelum datang ke bufet Ramadhan. Senang. Sampai je restoran, terus duduk. Hehe. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,
Hubungi:
Talian: 03.83127091/7092
Facebook: Cyberviewresort
Instagram: Cyberviewresort
Jadi, sepanjang berbuka puasa di sini, saya berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Terutama sekali masakan yang saya bagitahu di atas. Saya sendiri mengambil masa 2 jam untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Tak semua menu saya makan, sebab perut dah takda ruang untuk sumbat makanan lagi. Hihi.
Antara Stesen Makanan Yang Disediakan Di Restoran Verandah:
Kambing panggang golek
Cupcake & Muffin
Pizza Live Station
Kuih Muih Melayu
Sushi & Soba
Teppanyaki & Okonomiyaki
Warung Laksa
Stesen Barbeque
Warung Roti Mamak
Asam Pedas & Masak Tempoyak
Warung Udang & Ketam
Stesen Aiskrim