Saya salah seorang peminat kentang putar sejak zaman kolej lagi. Dan kebiasaannya kentang putar kfc jadi pilihan. Yelah, sebab kat mana lagi ada jual kentang putar kan? Hihi. Tapi, selepas sahaja menikmati kentang putar Lucy’s Kitchen di Imago Mall, Kota Kinabalu, saya terus terlupa perihal kentang KFC. Malah “mengidam” terlajak lebih kentang putar di Lucy. Rasa yang kaya dengan kentang asli.
Kalau di KFC tanpa kuah, kentang tu rasa hambar. Tapi di Lucy, tanpa kuah, kentang putar tetap sedap tahap gaban. Bayangkan masuk dalam mulut terasa ada ketulan lembut kentang mencair di mulut & rasa yang cukup lemak dan kaya dengan perasa serta herba. Dan akhirnya, korek punya korek saya jumpa rahsia untuk hasilkan kentang putar selazat di Lucy’s Kitchen. Ternyata resepi ini menjadi, mengenyangkan dan jimat! Jom tengok resepi kentang putar paling sedap di dunia :
Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC
Resepi kentang putar
2 sudu butter
sedikit perasa kiub knorr
250 ml Susu segar
5 biji Kentang
Mixed herbs
Resepi Kuah Gravy mashed potato
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter
Sos tiram
Sos blackpepper @ serbuk lada hitam
1 cawan air
Baca Juga Nak Makan Lauk Apa Dengan Nasi Putih?
5 thoughts on “Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC”