Cerita bermula saat isteri sibuk kunyah coklat di sisi. Pada mulanya, saya tidak berkeinginan untuk jamah coklat. Tapi beberapa saat kemudian, si isteri terdiam dan tersengih sambil paksa saya nikmati coklat perisa terbaru Cadbury.
Cuba rasa coklat ni. Meletop dalam mulut lah! – isteri buat muka teruja
Coklat Cadbury Marvelous Creation Meletop Dalam Mulut
Orang dah hulur, saya ngap teruslah. Dan pada mulanya hanya niat rasa secubit dua, tapi disebabkan teruja dengan efek coklat meletup disulam juga dengan coklat bulat ( rasa sebiji coklat m&m ), kami berterusan memberi pendapat berkenaan Coklat Cadbury Marvelous Creation tersebut tanpa sedar habis 1 bar penuh.
Hinggakan terimbau juga filem ‘Willy Wonka & The Chocolate Factory’ yang menginovasikan coklat dengan pebagai perisa luar biasa efeknya.
Kesan ‘popping’ yang saya panggil meletup dalam mulut ini adalah disebabkan terdapat Jelly Popping Candy dalam kandungan coklat Cadbury Marvelous Creations ini. Jika anda pernah makan gula-gula pop yang meletop dalam mulut ini pasti anda sukakan coklat terbaru dari Cadbury ini.
Baca Juga Resepi Minuman Maggo Lassi Tradisi Masyarakat India
Anda boleh dapatkan dan cuba inovasi coklat terbaru Cadbury di kedai berdekatan (saya beli di stesen petrol) dengan harga promosi RM2 sahaja, harga asal RM3+ . Cuba rasa dulu, kemudian berikan pendapat anda. Kami jamin pasti teruja kerana rasa lazat tidak seperti coklat biasa.