Farah Quinn Mahu Rancangan Masakan Sendiri Di Malaysia

Siapa tak kenal Farah Quinn, selebriti chef yang namanya melonjak naik di Malaysia dek kerana menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014. Perwatakan dan penampilan langsung tidak menampakkan dia adalah seorang Chef pastri dan roti serta hidangan masakan barat.

Ibu kepada Armand Fauzan Quinn (7 tahun ketika ini) mempunyai ijazah dalam bidang kulinari dan masakan pastri daripada institut kulinari di Pennsylvania Amerika Syarikat. Farah Quinn menyatakan hasratnya untuk memiliki rancangan masakannya sendiri di Malaysia.

“Saya mengambil peluang untuk menjadi salah seorang juri MLM2014 bagi membuka ruang supaya orang ramai lebih mengenali siapa itu Farah Quinn. Sebelum ini, jika di Indonesia saya terkenal dengan program masakan A La Chef, saya mahu orang Malaysia juga mengenali saya seorang cef selebriti.”

“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang tawaran dan saya akan menerima, jika ada mana-mana pihak stesen televisyen mahu saya mengadakan rancangan masakan di stesen televisyen mereka,”

Selain ingin mempunyai rancangan sendiri, Farah Quinn juga akan membuka sebuah cafe pastri di Jakarta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *