Kami terpaku saat melihat video yang mengisahkan seorang kanak-kanak kecil yang bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Bukan meminta sedekah, tapi mencari rezeki dengan menjual sesuatu demi sesuap nasi. Tapi, “trending” masyarakat kini, rata- rata yang kita lihat memang ramai kelompok-kelompok peminta sedekah muda yang berkeliaran di sekitar bandar untuk meminta sedekah.
Kisah Budak Kecil Beri Pandangan Sayu Dari Luar Mc Donald
Ada ketika, mereka akan berdiri betul-betul depan meja anda sambil menadah tangan, dalam keadaan pakaian kotor, muka comot tak terurus dan sebagainya. Mereka takkan bergerak selagi kita tak memberi apa-apa. Permulaan memang rasa kasihan, tapi makin lama, mereka kerap melakukan aktiviti sebegini menimbulkan rasa syakwasangka. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya sistem penghambaan budak. Yang mana, ada sindiket tertentu yang akan menyuruh budak kecil untuk meminta sedekah, membuat kerja berat, dsb.
Namun demikian, ada juga golongan yang betul-betula susah di luar sana yang kita sendiri tak sedar. Contoh mudah seperti dalam video ini. Sedih, memang sedih. Lebih-lebih lagi budak ini hanya memandang dari luar MC Donald. Dalam fikirannya hanyalah mencari rezeki dengan menjual barang-barang kecil. Bukan meminta sedekah seperti kebanyakan gelandangan muda yang lain.Setiap orang mempunyai pilihan untuk mengubah keadaan diri sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain, pihak A, pihak B & mulakan dengan sesuatu yang positif. Apa tindakan kita untuk membantu? Share dan sebarkan video ini mungkin membantu untuk menyedarkan orang ramai.
2 thoughts on “Kisah Budak Kecil Beri Pandangan Sayu Dari Luar Mc Donald”