Filem Kingsman Menahan Saya Untuk Ke Tandas Supaya Tidak Terlepas Setiap Babak

Filem berbentuk Spy Action ini sebenarnya sudah release pada 29 Januari 2015 di United Kingdom. Namun di Malaysia mula ditayangkan pada 18 Februari 2015. Jika anda pernah membaca review saya sebelum ini berkenaan dengan filem Project Almanac, anda tahu betapa jujurnya saya dalam membuat review filem. (hehehe)
Kingsmen – Agen Perisik Rahsia Berkecuali

Melihat tajuk dan poster filem ini mungkin membuatkan anda merasakan ianya seperti filem Inspektor Gadget. Biar saya bagitahu, anda silap. Filem Kingsman ini sarat dengan aksi tanpa henti yang bukan tipikal seperti filem-filem lain. Penonton dihidangkan dengan watak Kingsman yang berpakaian gentlemen dan kemas yang merupakan agen perisikan yang beroperasi secara rahsia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Baca ini : Kenapa Anda Akan Teruja Menonton Filem ‘Project Almanac’

Filem yang berkisarkan tentang Harry/Galahad (lakonan Colin Firth) yang melatih Eggsy (Alex Nikolov) untuk menjadi pengganti anggota Kingsman yang telah mati dalam tugasan di Iraq 17 tahun yang lampau. Harry percaya Eggsy adalah seorang yang sangat berpotensi bagi mengisi jawatan itu. Babak latihan Eggsy bersama beberapa remaja lain sangat-sangat menghiburkan, ringan, kelakar dan mudah difahami membuatkan semua penonton ketawa malah ada juga yang bertepuk tangan.

Eggsy, paling kanan satu-satunya remaja dari keluarga yang tidak kaya
Kingsman ditugaskan untuk merisik satu sindiket oleh Valentine (watak Samuel L. Jackson yang pelat ‘S’) sekaligus melumpuhkan kegiatan haram Valentine itu. Valentine telah memberikan Sim Kad percuma kepada seluruh orang di dunia dengan menawarkan panggilan percuma dan internet percuma. Motif disebalik pemberian sim kad ini adalah untuk mengaktifkan satu frekuensi melalui telefon yang akan menyebabkan manusia berbunuhan sesama sendiri. Tujuan Valentine adalah untuk mengurangkan populasi manusia di dunia selain memerintah dunia.
Harry/Galahad, watak yang melatih Eggsy untuk menjadi Agen Kingmen
Babak kematian Harry agak mengejutkan dan rasanya ramai penonton agak tidak berpuas dengan jalan cerita sebegitu (Nasib yang menimpa Harry). Saya sendiri optimis bahawa Harry hanya berpura-pura mati, tapi jangkaan itu meleset. Penonton terus disajikan dengan babak yang lebih menarik bagi menaikkan mood menonton. Di akhir babak ada sedikit scene dan dialog yang agak 18sx semasa Eggsy berjumpa dengan seorang gadis yang dikurung oleh Valentine di dalam lokap khas, jadi kanak-kanak bawah 18 tahun tak sesuai la ye. Filem ini adalah filem happy ending.

Jika anda terlepas babak ini, anda wajib beli tiket lagi sekali.
Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan filem ini sampaikan saya terpaksa menahan diri untuk ke tandas semata-mata kerana tidak mahu terlepas setiap babak filem ini. Walaupun filem ini dikategorikan sebagai Spy Action Comedy, namun kualiti filem ini tinggi dan serius. Saya bagi markah penuh, 5 bintang,

2 thoughts on “Filem Kingsman Menahan Saya Untuk Ke Tandas Supaya Tidak Terlepas Setiap Babak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *