Fakta Ringkas Kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong

Terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee di internet. Kalau fakta itu diperolehi dari Nusantara, ceritanya akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kerana Bruce Lee telah mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.

Almarhum Dato Meor Abdul Rahman, Bruce Lee dan Dicky Dzulkarnaen.
Namun artikel saya kali ini akan lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli gayong sedunia.

1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).
2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah gayong.
Bruce Lee dalam movie Ip Man 2 digambarkan seorang yang angkuh sejak dari kecil
3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau tolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali, kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)
4. Bruce Lee banyak gunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.
5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.
6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat. 
7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.
8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.
9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.

Bruce Lee bersama Daniel Inosanto

10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.

Baca juga :  Fakta Sebenar Pencemaran Di China Yang Anda Tidak Tahu

11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.

Daniel Inosanto
Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.
Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.

9 thoughts on “Fakta Ringkas Kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong

  1. Jgn dok merepek le bro.Semasa kematian Bruce Lee dia sedang sibuk menyiapkn filem “The Game of Death”.Lakonan bersama Kareem Abd Jabar. Filem itu pun tk sempat di habis kn ny. Malahan Jackie Chan di ambil utk mngganti kn Bruce Lee utk menyiapkn filem itu.

    1. mungkin bro tak paham situasi kot. Memang la dia mati masa sibuk buat “The Game Of Death” tapi bro tau ke dia time tu dia dah suffer sakit tu?

  2. silat bukan sekadar silat jika beliau mengamalkan ilmu kebatinan dalam silatnya . ilmu kebatinan memerlukan disiplin yang tinggi tambahan, perlukan hafalan ayat ayatnya yang bersumberkan al-quran . mambang/jin/setan pun tak berani nak dekat dengan orang yang mengamalkan ilmu batin ni . wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *