Kereta Sewa Kota Kinabalu RM50?

Terkejut jugak ada harga kereta sewa Kota Kinabalu RM50. Itu dah kira murah sangat dah tu. Tapi betul ke ada harga sewa kereta yang murah camtu?

Saya yang selama ni duduk kat Kota Kinabalu dan agak update dengan harga pasaran kereta sewa pun agak terkejut bila ada yang tanya saya berkenaan harga kereta sewa RM50 tu.

Kereta Sewa Apa Yang Paling Murah tu?

Nak cakap harga sewa untuk kereta Viva atau Axia, tak mungkin jugak dapat semurah tu.

Nak cakap sewa kereta kancil, hmm paling murah saya pernah tahu RM70 sehari.

Lagipun zaman 2019 ni mana lah ada pihak yang sewakan kereta Perodua Kancil kat Sabah ni. Risiko keselamatan bang.

Kadar Sewaan Sebulan Rupanya

Selidik punya selidik, rupanya harga RM50 tu adalah kadar sewaan kereta untuk sebulan.

Saya dapat info ni dari rakan-rakan yang usahakan perniagaan kereta sewa kat sekitar Kota Kinabalu.

Siapa je lah nak sewa kereta sampai sebulan kat Kota Kinabalu ni?

Melainkan dia penjawat awam yang baru ditempatkan dari Semenanjung ke Sabah yang menunggu kereta dari Semenanjung sampai ke pelabuhan Kota Kinabalu Sabah,

atau,

Orang Semenanjung yang ada kerja di sekitar Kota Kinabalu untuk tempoh masa yang panjang.

Baca jugak : Prosedur hantar kereta Dari Semenanjung Ke Sabah

Kebiasaanya pengusaha kereta sewa kat Kota Kinabalu Sabah ni jarang nak sewakan kereta kepada lokal Sabahan atas sebab-sebab tertentu.

Gunung Kinabalu dari pandangan guesthouse Kundasang
Aali berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Kalau nak sewakan (kepada lokal Sabahan) pun mungkin ada syarat tertentu yang agak ketat sebab banyak kes bawak lari kereta yang berlaku.

Jangan tertipu dengan kereta Sewa Murah

Jadi janganlah tertipu dengan sewa kereta Kota Kinabalu yang harga serendah RM50 tu.

Murah memang murah.

Tapi rupanya untuk sewaan sebulan. RM50 sehari.

Untuk yang ada kerja kat sekitar Kota Kinabalu untuk jangka masa yang panjang tu boleh la kot sewa kereta dengan harga murah camtu.

Ye lah, harga lump sump kan? Memang la dapat murah.

Tapi untuk pelancong yang datang bercuti ke Sabah untuk 5 hari 4 malam atau 3 hari 2 malam, masih boleh dapat harga kereta yang murah.

Saya ada kongsikan dalam artikel bertajuk Sewa Kereta Kota Kinabalu Sabah dalam blog saya.

Boleh dapatkan nombor telefon untuk dihubungi kat artikel tu.

Siap boleh dapat diskaun tau.

Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Sabah

Owh kalau tak nak pening kepala fikir pasal plan perjalanan masa bercuti kat Sabah ni, boleh terus ambik pakej.

Saya ada jugak kongsikan pengalaman saya bercuti kat Sabah guna Pakej Percutian Sabah.

Memang senang, enjoy.

Saya hanya tunggu pemandu pelancong datang jemput dan hantar saya ke tempat-tempat best kat Sabah ni.

Yang penting pakej percutian ke Sabah tu boleh custom ikut bajet dan kehendak sendiri.

Saya kalau rekemen, dah tentu yang terbaik.

Nah! Saya kongsikan gambar-gambar saya bercuti kat Sabah dengan wife dan anak kecik saya.

Borneo Ant House di Tuaran Sabah
Borneo Ant House
Kawasan Kirams Village yang ada tempat macam Hobbit
Kirams Village

Tempat penginapan lain yang best baca kat artikel Walai Tokou.

tempat Kirams Village lagi
Kirams Village lagi.
Dekat roundabout Pekan Kundasang
Kaki Gunung Kundasang
Fish spa Luanti selaim Marakau Bom bon.
Fish Spa Luanti Moroli
Jual buah potong dan buah tempatan lain di Pekan Nabalu
Pekan Nabalu
teko di Sabah tea garden
Sabah Tea Garden.
Breakfast di Kundasang Restoran Puteri Nabalu
Sarapan di Puteri Nabalu
bermain pasir di tepi pantau tanjung aru
Sunset di Tanjung Aru Kota Kinabalu
signage Todak dan I Love KK
Todak. Nama tempat ni todak atau I LOVE KK.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

One Response

  1. ADZRIL MAIZAN July 16, 2019

Leave a Reply