Sebut saja tentang Lucy’s Kitchen pertama kali, saya masih blur dan tidak berapa mahir dengan rasa di restoran ini. Namun, atas rekomendasi kawan-kawan yang seringkali menyatakan kelazatan makanan “western” di sini membuatkan saya rasa tertanya-tanya dan ingin mencuba. Setahu saya lah, restoran Lucy’s Kitchen mempunyai cawangan di banyak tempat sekitar Sabah. Antaranya di Penampang, Imago Mall Kota Kinabalu, Metro Town. Cawangan terbaik adalah di Imago Mall Kota Kinabalu sebab staff sangat ramah dan sporting habis!
Selalu juga la, saya hanya melihat dari jauh dekorasi restoran ini. Tampak mewah dan menyelerakan. Dan akhirnya buat pertama kali menjejakkan kaki ke restoran yang terletak di Sabah ini, saya terkejut dengan harga menu di sini. Harga memang mampu milik dan setiap hari boleh dikatakan “Full House”. Nak makan seeloknya anda booking tempat dahulu, kerana ianya menjadi buruan dan kegilaan ramai. Dan untuk makluman, restoran ini dijamin Halal.
Baca Juga 7 Idea Sambal Makan Bersama Nasi Putih
Lucy’s Kitchen Buat Anda Ingin Jamah Menu Western Setiap Hari
Menu pertama yang menjadi pilihan , sengaja saya memilih makanan paling tinggi harganya iaitu mixed grilled RM29.90. Ternyata gabungan “lamb” dan ayam grilled bersama kentang putar, salad dan big sausage, di siram pula dengan kuah sos lada hitam, perghhh mampu membuatkan anda terdiam. “Portion” makanan ini sangat bersesuaian dengan harga dan dijamin puas hati. Rata-rata yang pernah menikmati hidangan di sini akan memberi pendapat yang sama, ( sedap!)
Malah sup cendawan lucy juga berbeza berbanding sup cendawan di Pizza Hut. Sup cendawan Lucy lebih berperisa dan kaya dengan isi di dalam membuatkan anda akan menikmati setiap suapan dengan penuh nikmat.
Baca Juga Mat Saleh Jual Tempe Di London
Jadi disebabkan restoran ini seringkali penuh dengan pelanggan, hubungi staf mereka untuk tempah tempat awal. Sampai lokasi saja, dah boleh order dan terus makan. Mudah bukan? Antara menu yang menjadi pilihan ramai Mixed Grilled, Salmon Grilled, Lamb Grilled, Chrysanthemum Tea, Nasi Ayam, Mushroom Sup dan durian crepe. Cuba lah nanti!
Baca Juga Cara Buat Minuman Manggo Lassi Setaraf Hotel 5 Bintang
3 thoughts on “Lucy’s Kitchen Buat Anda Ingin Jamah Menu Western Setiap Hari”