Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Masa sampai je kat taman tasik cempaka, Bangi, Dya agak keliru sikit. Sebab, tak sangka rupanya kat sini ada tempat khas yang boleh dibuat pelbagai majlis.

Ingatkan Taman Tasik Cempaka ni tempat untuk beriadah je. Rupanya boleh buat majlis jugak.

Lake Cempaka Villa ni terletak betul-betul bersebelahan Tasik Cempaka. Sesuailah kalau ada yang suka konsep majlis ala-ala dalam taman.

Kapasiti yang boleh ditampung berapa ramai?

Dewan di Lake Cempaka Villa ini boleh memuatkan sehingga 2000 orang terutamanya ketika majlis bufet berbuka puasa. Itu kapasiti untuk konsep bufet lah.

Kapasiti dewan di sini sebenarnya boleh memuatkan sehingga 350 tempat duduk dalam satu masa.

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Ada kawasan yang direka dengan konsep terbuka dan mesra persekitaran luar. Dan lagi satu di kawasan bilik berhawa dingin.

Untuk hiasan pelamin & separuh kawasan makan para tetamu dibuat di dalam kawasan berhawa dingin. Dan hiasan meja beradap pun tersedia ada juga.

Korang boleh tengok kat gambar bawah ni. Ringkas tapi menarik & praktikal.

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Dan selain digunakan untuk majlis perkahwinan, Lake Cempaka Villa boleh juga digunakan sebagai tempat untuk mesyuarat, sambutan hari lahir,seminar dan macam-macam lagi.

Ehem, kalau Dya nak plan “birthday suprise” kat sini gempak tak? Hehe

Jadi, apa benda yang best sangat kat Lake Cempaka Villa?

Hemm, kalau tanya Dya lah kan. Dya suka dengan konsep ala taman jugak sebenarnya. Jangan ingat Taman Tasik Cempaka ni hanya untuk beriadah saja. Hehe.

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Kalau buat majlis sambutan hari jadi kat Lake Cempaka Villa ni, Dya dah boleh bayangkan suasana ala-ala picnic bersantai, angin sepoi-sepoi je tiup. Uii, terasa suasana romantik & keakraban dengan keluarga & rakan.

Siapa yang membangunkan kawasan Lake Cempaka Villa?

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Tempat ni dibangunkan pada Julai 2017 oleh Felda D’Saji. Hasil kerjasama bersama syarikat Ixora & Majlis daerah Hulu Langat.

Baru lagi rupanya. Patutlah Dya rasa keliru sikit masa mula sampai kat tempat ni. Hehe.

Banyak jugak rupanya tempat yang dikendali Felda D’Saji ni kan? Sebelum ni Dya ada jugak pergi berbuka puasa kat Dewan Perdana Felda D’Saji.

Kat situ dewan besar gila & kalau sanding lagi sekali memang mewah habislah rasanya. Hehe.

Harga pakej perkahwinan Lake Cempaka Villa?

Makanan yang disediakan untuk majlis yang dianjurkan kat sini berkonsepkan authentic malay ( makan tengahari dari Isnin – Khamis ), BBQ Steamboat waktu malam & ada juga menu ala carte bergantung pada permintaan pelanggan.

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Harga pun bagi Dya sesuai sekiranya korang ada budget lebih. Sebab satu kepala, untuk:

  • Pakej perkahwinan harga serendah RM28+
  • Makanan bufet bermula dengan harga RM29+
  • Ala carte pula bermula dengan harga RM8

Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Kat mana nak tempah ?

Kalau rasa teringin nak merasa perkahwinan dalam taman atau buat majlis di tepi tasik, korang boleh terus hubungi Lake Cempaka Villa:

Puan Nabilla (019-2777792)

Emel: [email protected]

Instagram : lakecempakavillaofficial

Facebook: Lake Cempaka Villa Official

One thought on “Rancang Majlis Perkahwinan Dalam Taman Di Bandar Baru Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *