Menjadi kebiasaan, sehari sebelum raya atau di pagi raya ahli keluarga sudah sibuk menyiapkan makanan untuk diberi pada jiran dan sanak saudara. Tradisi turun temurun masyarakat jawa di Malaysia, terutamanya di johor ini digelar sebagai “monjong”.
Monjong Tradisi Jawa Di Malaysia Jadi Menu Wajib Di Pagi Raya
Antara menu makanan “monjong” seperti ketupat, rendang daging/ayam, ayam masak merah, serunding, kuah lodeh dan sambal kacang.
Serius ini antara menu yang saya tak boleh tolak tiap kali raya, memang semua saya nak sental (makan)
Dari pagi, sibuk memasak makanan monjong dan di waktu petang pula sudah mula mengedarkan makanan monjong pada jiran2 dan sanak saudara.
Tujuan tradisi monjong seperti ini bukan sahaja merapatkan lagi silaturrahim sesama kita malah turut membulatkan perut kita di hari raya nanti. Hihi.
Bagaimana pula dengan tradisi di negeri/ kampung anda tiap kali raya? Mesti ada tradisi yang menarik boleh dikongsikan bersama bukan?
Saya terfikir untuk bawa tradisi ni balik sabah nanti. Perkenal Tradisi jawa pada rakan2 di sabah & saya jamin mereka pasti rasa teruja menikmati juadah “monjong ini nanti..