Pereka Itali Bina Rumah Kaca Atas Salji , Bagus Untuk Terapi

Berdiri dalam kawasan bersalji sahaja sudah cukup sejuk. Tapi, kreativiti seorang arkitek dari Itali ini memang luar dari jangkauan. Rumah kaca dibina di atas salji. Bukankah bila anda menginap di dalam rumah kaca itu akan menambahkan lagi sejuk berganda? Apalagi kalau anda ingin cecah kaki ke lantai kaca rumah.

Saya teringat saat bercuti di kiram village, kundasang sabah. Cuaca di kawasan gunung di waktu pagi memang sangat sejuk macam ais. Hinggakan anda tak boleh nak jejak kaki anda di atas lantai kayu rumah. Jalan terjengket-jengket dan hanya ibu jari kaki sahaja melekat di lantai. Walaupun binaan rumah kayu, tetap terasa ke tulang sejuknya. Kalau dibina rumah batu entah macamana la sejuknya nanti. Pijak mozek di bahagian dapur rumah ketika itu pun kami tak sanggup.

Baca Juga Penginapan Kundasang Ini Berhadapan Tepat Ke Arah Gunung Kinabalu

Pereka Itali Bina Rumah Kaca Atas Salji , Bagus Untuk Terapi

Berbalik pada rumah kaca ataupun untuk projek di kawasan salji, ianya digelar sebagai “snow house”. Terasa macam snow white dah ni. Haha. Pereka, Santambrogiomilano menekankan konsep rekabentuk rumah kaca ini untuk ditempatkan di pelbagai kawasan semulajadi. Ini bertujuan supaya pemilik rumah terasa seperti mereka berinteraksi dengan alam disekeliling.

Buka mata dari tidur terus nampak alam yang menghijau adalah terapi ketenangan yang terbaik untuk kita

Keseluruhan binaan rumah diperbuat daripada kaca tebal, kecuali di bahagian lantai tingkat bawah. Untuk privasi, disertakan juga fungsi tirai gelap serta panel kaca khas untuk menutup ruang privasi pemilik rumah.

Bukan sahaja rumah berstrukrur kaca dibuat atas salji, malah ada juga yang dibuat atas air. Boleh bayangkan waktu malam seolah kita berbaring terapung atas air sambil lihat bintang di angkasa. Cantiknya!

Anda boleh lihat hasil rekaan produk berstruktur kaca sepenuhnya melalui laman facebook Santambrogiomilano . Bermula dari meja makan, almari baju, sofa, tangga semuanya kaca. Tiba-tiba saya terasa macam Cinderella pakai kasut kaca. Haha! Jom tengok 15 gambar rumah kaca Santambrogiomilano di bawah.

Kredit gambar kepada santambrogiomilano & designboom

#1 Glass House Bedroom
#1 Glass House Bedroom
#2 Glass house living room
#2 Glass house living room
#3
#3
#4 Glass house on water
#4 Glass house on water

Baca Juga Rumah Ini Kecil  Tapi Ruang Di Dalam Boleh Jadi Impian Anda

#5 Glass house sofas
#5 Glass house sofas
#6 Glass house stairs
#6 Glass house stairs
#7 Glass house dining table
#7 Glass house dining table
#8
#8

Baca Juga Bas Sekolah Ditukar Menjadi Kediaman Sekeluarga

#9
#9
#10
#10
#11 Glass house workspace
#11 Glass house workspace
#12 Glass house wardrobe
#12 Glass house wardrobe
#13 Glass house kitchen
#13 Glass house kitchen
#14
#14
#15
#15

Baca Cara Parking Motor Di Ruang Kecil

2 thoughts on “Pereka Itali Bina Rumah Kaca Atas Salji , Bagus Untuk Terapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *