Rumah Ini Mengeluarkan Bunyi Muzik Setiap Kali Hujan Turun. Idea Yang Kreatif

Berlokasikan di Dresden, Germany,  apartment unik ini telah menjadi tumpuan para pelancong. Apa yang menarik ialah, dinding bangunan dipasang dengan set instrumen musik menggunakan batang paip, khas untuk menghasilkan bunyian setiap kali hujan turun. Kami tertarik untuk memberikan serba sedikit info berkenaan rumah unik seperti ini memandangkan tidak semua orang tahu tentangnya.

Idea unik ini merupakan hasil cetusan idea beberapa orang penduduk di apartment terbabit iaitu Annette Paul, Christoph Rossner dan Andre Tempel. Menurut Annette Paul, idea mereka tercetus berinspirasikan rumahnya yang terletak di St Petersburg, yang mana setiap kali hujan beliau akan mendengar bunyian unik melalui paip di luar rumahnya.
 

Bangunan apartment ini turut dikenali juga dengan nama “courtyard of element”.

Rumah unik ini dibuat pada tahun 1999
Kami sertakan sekali video di sekitar apartment terbabit tapi tiada bunyi yang kedengaran, hanya bunyi air. Yelah, lagipun bukan dirakam ketika hujan. Betul tak? Kalau nak dengar musiknya, apakata kita ke sana nak? Hihi
 

 

 

One thought on “Rumah Ini Mengeluarkan Bunyi Muzik Setiap Kali Hujan Turun. Idea Yang Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *