Kalau anda lihat dari ketinggian biasa aka dari jauh, anda hanyalah lihat sebuah Gunung Matterhorn yang bersalji dan berbatu sahaja. Namun, siapa sangka di ketinggian 13,133 kaki ada sebiji rumah kecil di celah gunung tersebut. Matterhorn merupakan gunung Alps, yang terletak di sempadan Switzerland dan Itali serta mempunyai ketinggian 14, 692 kaki.
Menjadi persoalan di sini ialah, bagaimana agaknya si tukang buat rumah naik turun gunung untuk siapkan rumah kecil itu? Di celahan batu yang terhad ruangnya.
Baca Juga Pengalaman Daki Bukit Padang Sabah
Digelar sebagai Solvay Hut, rumah kecil ini dibina khas untuk kegunaan kecemasan para pendaki. Dan ianya boleh memuatkan 10 orang dalam satu-satu masa tertentu. Rumah kecil ini dibina pada Ogos 1915 dengan menggunakan bantuan haiwan sehingga ketinggian 3260 meter. Kemudian, kereta kabel sementara digunakan untuk mengangkat bahan pembinaan sehinga ke ketinggian 4000 meter. Wah, hebat!
Rumah Kecil Di Celah Pergunungan Switzerland Jadi Idaman Pendaki Tegar
Tambah mengagumkan lagi, rumah kecil ini mengambil masa 5 hari sahaja untuk siap. Dan pada 1976, telefon kecemasan turut dipasang di situ. Selain untuk kecemasan, para pendaki turut menjadikan rumah tersebut sebagai ‘pitstop’ untuk melihat pemandangan pergunungan Monte Rosa di hadapan mereka.
Anda dah pernah mendaki gunung ke belum? Kami belum lagi! Mendaki bukit 1 km sahaja sudah cukup mengah dan pitam. Apalagi daki gunung? Fuh! Perlukan stamina dan ketahanan mental yang kuat. Jom cabar diri mendaki gunung!
Ada 10 gambar menarik yang akan menarik nafas anda pergi terus ke sana:
Baca Juga 15 Gambar Rumah Kaca Atas Ais Buat Anda Nakkan Satu!