Saya yakin kebanyakan dari anda pernah ‘diganggu’ dengan bunyi guli, perabut dialihkan dan lain lain bunyi yang mengganggu anda dirumah. Rupanya inilah yang berlaku selama ni.
Selama ni kita tak pernah periksa pun sebab takut. Pernah tak terdetik, camna rupa hantu yang main guli atas siling rumah tu? Atau camna cara hantu alihkan perabut dalam bilik sebelah?
Lepas tengok penerangan John Bear, barulah saya faham kenapa semua ni berlaku. Tonton video ini untuk penerangan lanju.
Saspen kan? Rupanya segala bunyi menakutkan yang ada kat rumah tu adalah disebabkan injap paip rumah kita. Disebabkan sistem perpaipan yang kompleks tu, maka terjadilah bunyi yang pelbagai.
- Ada yang bunyi guli,
- Ada bunyi perabut bergerak,
- Ada bunyi mengilai,
- dan macam-macam lagi.
Disebabkan bunyi-bunyi ni, sekiranya seseorang menganggap ianya adalah hantu, dan dia percaya betul hantu tu sedang mengganggu, maka terjadilah dia nanti kepada realiti. Dia sendiri mewujudkan hantu dalam dirinya.