5 Jutawan Ini Obses Baca Buku Paling Kurang Seminggu Sekali

Adakah anda tahu bahawa terdapat persamaan tabiat bagi mereka yang bergelar jutawan? Mereka membaca. Banyak. Terlalu banyak.

Berikut adalah beberapa pemimpin perniagaan dan usahawan yang membuat membaca sebahagian besar daripada gaya hidup harian mereka:

Warren Buffet
Warren Buffet memperuntukkan 80% daripada masanya untuk membaca

1. Warren Buffett

Warren Buffett pernah ditanya tentang kunci kepada kejayaan beliau, beliau menunjukkan ke arah timbunan buku-buku berhampiran dan berkata, “Baca 500 halaman seperti ini setiap hari. Itulah bagaimana pengetahuan berfungsi.”

Buffet telah memulakan tabiat ini sejak awal lagi apabila beliau akan membaca di antara 600 hingga 1000 muka surat sehari dan sehingga kini masih menumpukan kira-kira 80% daripada setiap hari beliau untuk membaca.

Bill Gates membaca lebih 50 buku setahun
Bill Gates membaca lebih 50 buku setahun

2. Bill gates

Bill Gates mengatakan bahawa dia membaca kira-kira lima puluh buah buku setahun. Dengan aset bernilai USD78 bilion, beliau masih menghabiskan begitu banyak masa untuk membaca.

Kebanyakan yang dibacanya adalah daripada buku bukan fiksyen yang menerangkan sesuatu tentang bagaimana dunia berfungsi. Di antara kegemaran beliau adalah buku tentang bagaimana bangunan dibina, bagaimana kanak-kanak Berjaya dan bagaimana penyakit dihapuskan.

Walaupun beliau dapat melawat tempat menarik, bertemu dengan ahli sains dan menonton banyak kuliah secara online, membaca masih merupakan cara beliau belajar perkara baru dan menguji kefahamannya. Kadang-kadang, sebuah buku dapat membantu beliau melihat perkara-perkara biasa dalam perspektif baru.

Mark Cuban membaca 3 jam sehari
Mark Cuban membaca 3 jam sehari

3. Mark Cuban membaca lebih daripada tiga jam setiap hari

Mark Cuban menjadikan membaca sebagai ruangnya untuk terus mencari idea baru. Saya membaca setiap buku dan majalah saya boleh. Beliau memperuntukkan sebanyak 3 jam atau lebih hanya untuk membaca setiap hari.

Elon Musk
Elon Musk menyatakan ada 12 buah buku yang membentuk siapa dirinya seperti hari ini

4. Elon Musk

Elon Musk adalah salah seorang jutawan terbesar dunia. Walaupun beliau seorang yang sangat bijak sehingga mendapat tempat ke dalam PhD Fizik di Universiti Stanford, beliau kemudian berhenti kerana merasakan tidak sesuai buatnya. Beliau bukan sahaja salah seorang yang paling bijak tetapi juga seorang yang rajin bekerja.

Apabila ditanya tentang bagaimana beliau telah belajar untuk membina roket. Beliau mempunyai jawapan yang mudah: “Saya membaca buku”.

Bagi Elon Musk terdapat 12 buku yang membentuk watak dan membuatkannya berjaya seperti hari ini.

Sebanyak 70 buah buku dibaca oleh Oprah dan Kelab Buku Oprah selama 15 tahun bersiaran
Sebanyak 70 buah buku dibaca oleh Oprah dan Kelab Buku Oprah selama 15 tahun bersiaran

5. Oprah Winfrey

Oprah memilih salah satu buku kegemarannya setiap bulan untuk beliau dan ahli Kelab Buku Oprah membaca dan membincangkan. Kelab Buku Oprah adalah segmen kelab perbincangan yang disiarkan melalui The Oprah Winfrey Show.

Ia menonjolkan buku yang dipilih oleh Oprah Winfrey. Oprah menubuhkan kelab buku pada tahun 1996, memilih sebuah buku baru, biasanya novel, untuk penonton membaca dan membincangkan setiap bulan. The Club berakhir selepas 15 tahun, bersama-sama dengan Oprah Winfrey Show, pada 25 Mei 2011. Dalam tempoh 15 tahun sebanyak 70 buah buku telah disyorkan dan dibincangkan dalam program tersebut.

Jelas sekali, tiada rahsia untuk menjadi sangat berjaya. Lawatan seminggu sekali ke perpustakaan  mungkin dapat membantu anda meningkatkan pengetahuan dan keberkesanan anda dalam apa jua bidang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *