9 Idea Kreatif Jurugambar Dari Marakesh Guna Photoshop CS4

Jurugambar dan pembikin filem terkenal dari Morocco, Achraf Baznani merupakan seorang individu yang mempunyai idea unik dan luar dari kotak fikiran. Seperti artikel yang lepas, 15 Gambar Joel Robison banyak menggunakan faktor dirinya menjadi seorang kerdil dan persekitaran di luar diedit menjadi “giant”. Begitu juga dengan Achraf Baznani, lebih kepada memberi inspirasi dan menjadi inspirasi untuk yang lain. Malahan, ada mesej-mesej tertentu yang tersembunyi di dalam gambar milik beliau.

Hasil yang dipaparkan berkonsep yang sama dan menarik. Menurut Achraf, tanpa belajar atau mengikuti mana-mana pengajian Fotografi samada di universiti mahupun di kolej, beliau menguasai teknik edit gambar hanya melalui internet sahaja. (Sumber dari Achraf Baznani)

“Takperlu kita bazirkan masa 3 tahun di universiti, sebab “skills” ataupun kemahiran tertentu boleh diperolehi dengan semudah petik jari sahaja”- Magicalips Ladyboss

9 Idea Kreatif Jurugambar Dari Marakesh Guna Photoshop CS4

Semua gambar Achraf Baznani diedit dengan menggunakan Adobe Photoshop CS4 dan Lightroom 4. Menurut Achraf, Lighroom 4 digunakan untuk mengubah pencahayaan pada gambar.

Scroll isi cerita sampai bawah. Jom tengok 9 hasil Woww daripada Achraf :

Achraf Baznani 01
Achraf Baznani 01
Achraf Baznani 02
Achraf Baznani 02
Achraf Baznani 03
Achraf Baznani 03
Achraf Baznani 04
Achraf Baznani 04

Mungkin anda ingin lihat Lukisan Unik Gadis 19 Tahun Punyai Peminat 1.7 Juta 

Achraf Baznani 05
Achraf Baznani 05
Achraf Baznani 06
Achraf Baznani 06
Achraf Baznani 07
Achraf Baznani 07

Anda Harus Cuba Bercuti di Green Lake Austria. Pandangan Dasar Laut Sangat Cantik!

Achraf Baznani 08
Achraf Baznani 08
Achraf Baznani 09
Achraf Baznani 09

Kesimpulannya di sini, tanpa perlu menghabiskan wang dan masa dengan belajar 60% teori di universiti, adalah baik anda pelajari apa sahaja yang anda minat melalui kursus-kursus jangka pendek ataupun melalui atas talian (online). Sebab bagi saya, belajar di universiti hanyalah untuk mendapatkan tiket apabila anda ingin mencari kerja nanti. Kerana “tiket” tersebut akan menentukan tangga gaji anda. Bukan bermakna saya menggalakkan anda untuk elak sambung pengajian, cuma ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, sepanjang 3 tahun di universiti dibazir dengan sesuatu yang mungkin bukan minat saya yang sebenar.

“Bayangkan, saya belajar pengurusan perniagaan tapi bila di U, saya akan kerap membelek buku programming dan editing walaupun satu habuk pun tak faham. Hinggakan kawan pun kata saya ni salah ambil course agaknya. Hihi”

Jadi untuk anda yang bercita-cita untuk mencapai impian dan minat anda, saya sarankan anda belajar/sambung pengajian yang menawarkan kemahiran 100%. Jangan pilih yang menawarkan terlalu banyak teori kerana anda akan habiskan masa menghafal untuk jawab exam atas paper. Dunia pekerjaan nanti semuanya berkaitan tentang kemahiran yang anda miliki.

Baca Juga 15 Gambar Mahal Joel Robison Mampu Menggegarkan Minda Kreatif Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *