Petikan video ringkas ini adalah satu contoh tentang kebaikan dan budi yang perlu ada pada setiap manusia. Tidak perlu menjadi kaya untuk mula membantu sesama insan. Cukuplah memberi sekadar yang ikhlas.
Baca juga : Pemuda Ini Mempertahankan Warga Bangladesh Dari Dikasari
Seorang waiter telah membayarkan harga aiskrim yang ingin dibeli oleh seorang budak lelaki. Sudah semestinya budak lelaki itu gembira dan tersenyum riang. Tidak lama selepas itu, budak lelaki itu memberikan nota kepada waiter tadi dengan sekeping wang USD100. Kini giliran waiter pula tersenyum 🙂
Jom kita sebarkan kegembiraan ini.
One thought on “Kita Perlukan Sikap Ini Pada Semua Orang”