Ada satu fungsi yang ada pada enjin carian Google yang mungkin anda belum tahu. Selain dari mencari informasi, fungsi carian Google juga boleh dugunakan untuk mencari handphone (smartphone) anda yang hilang atau terlupa letak (misplaced) tanpa menggunakan sebarang aplikasi Playstore (atau sebarang bomoh) kecuali browser/pelayar internet sahaja.
Cari Handphone Hilang Dengan Google Search
Caranya adalah dengan menaip kata kunci “Where is my android” di kotak carian Google dan pilih jenis handphone yang anda hendak cari itu. Oh maaf, buat masa sekarang, cara ini hanya boleh digunakan untuk cari smartphone yang menggunakan sistem operasi Android sahaja. Pengguna Apple mungkin boleh menggunakan aplikasi LookOut untuk mencari iPhone mereka yang hilang.
Selepas anda memilih peranti yang ingin anda cari di ruangan sebelah kanan tingkap itu, Google akan mula menggelintar sistem untuk mencari kedudukan handphone android anda itu. Sekiranya anda masih belum boleh mendapatkan handphone anda itu dengan kedudukan yang diberikan oleh Google, anda boleh menekan butang Ring untuk membuatkan handphone anda berdering pada skala bunyi paling maksimum.
Selain butang Ring, anda sebenarnya boleh memilih untuk Lock atau Erase smarphone anda. Pilihan di tangan anda. Semua handphone anda boleh dicari dengan cara ini selagi ianya masih lagi login dengan email gmail anda. Dan semestinya handphone dalam keadaan standby bukannya di offkan.
Sekiranya anda cuba menjejaki handphone anda yang hilang, pastikan anda berhati-hati. Jangan cuba untuk menjadi detektif Conan kononnya hendak mencari sang pencuri. Bukan apa, hanya nasihat untuk menjaga keselamatan diri. Di Canada seorang remaja dibunuh selepas menjejaki handphonenya yang hilang.
Baca juga : Halang Orang Lain Guna Wifi Anda.
2 thoughts on “Cara Cari Handphone Hilang Tanpa Guna Bomoh”
Saya kena tipu dari egen bank di kata saya blh buat pinjaman duit dia kata saya kena byar kt pergawal bank saya dh bagi kt pegawal bank 2500 dh dia kata saya tunggu bank clll smpi skrg x ad pun fon egan tu tutup dn pegawal pun tutup jga ..skrg ni saya nk duiy saya blik je