Sakit tulang belakang agak sinonim dengan peningkatan umur seseorang tanpa mengenal jantina lelaki atau perempuan. Tapi tidak dinafikan golongan muda juga ‘berpotensi’ untuk mengalami sakit tulang belakang ini sekiranya mereka melakukan beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya sakit tulang belakang.
Berikut adalah perkara biasa yang mungkin anda lakukan yang boleh menyumbang kepada sakit tulang belakang.
- Membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
- Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja atau berjalan.
- Memandu kereta atau motorsikal dalam perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
- Berdiri terlalu lama.
- Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
- Mengangkat barang berat dengan cara yang salah.
- Duduk membongkok di kerusi.
- Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
- Memakai kasut bertumit tinggi.
Ada beberapa cara dan tips untuk elak sakit tulang belakang yang boleh anda lakukan.
- Tidur di atas tilam spring, pastikan ada papan diletakkan di atas dasar tilam.
- Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang, contohnya kedudukan tidur yang tidak betul.
- Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. (Boleh gunakan BAJU KHAS untuk membantu)
- Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
- Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
- Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
- Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
- Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
- Ketika mengangkat objek, pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
- Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Sekiranya terasa sakit tulang belakang atau bahagian belakang badan, baring dan luruskan tulang belakang anda sambil berehat. Sekiranya masih belum lega anda boleh pergi berurut untuk membetulkan semula bahagian yang terseliuh. Sekiranya dibiarkan ia akan menyebabkan badan rasa tidak selesa dan cepat penat melakukan sebarang pekerjaan.
Anda juga boleh melakukan senaman untuk melegakan sakit tulang belakang ini selain menggunakan baju khas untuk tulang belakang.