Pernah tak anda terfikir, bila seseorang jurugambar professional berkahwin siapakah yang akan mengambil gambarnya? Persoalan ini sama dengan siapa yang potong rambut si tukang gunting rambut? Sudah tentu jawapannya adalah tukang gunting yang lain. Sama juga dengan jurugambar professional, sudah pasti jurugambar yang hendak berkahwin itu akan mengupah jurugambar professional yang lain untuk mengambil gambar-gambar di hari perkahwinannya.
Ambil Gambar Sendiri Di Hari Perkahwinan
Tetapi lain ceritanya dengan jurugambar berumur 29 tahun bernama Liisa Luts yang tinggal di Tallinn, Estonia ini. Liisa mengambil sendiri gambar perkahwinannya tanpa mengupah mana-mana jurugambar lain. Dia mengambil gambar dari saat dirinya bangun tidur sehingga dia dan suaminya kembali ke rumah. Dengan itu mereka berpuas hati kerana mereka berjaya merakam saat-saat perkhwinan mereka dari perspektif dan pandangan mata mereka sendiri dan bukan dari pihak ketiga (Jurugambar Perkahwinan).
Liisa Luts dan suaminya menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi, video dan animasi yang diberi nama Mellow, tetapi mereka memilih untuk menggunakan hanya kamera peribadi mereka untuk mengambil gambar perkahwinan mereka iaitu kamera Fujifilm X-T10 tanpa menggunakan sebarang peralatan professional yang mereka selalu guna untuk sesi fotografi.
Ada orang kata lagi puas hati ambil gambar sendiri dari suruh orang ambilkan? betul ke? Sesuaikah konsep self-photography ini dilakukan di Malaysia? Pilih kamera yang sesuai dan Shoot lah gambar moment anda sendiri.
Baca juga : Pasangan Nakal Ini Saling Menyakat Antara Satu Sama Lain.
2 thoughts on “Ambil Gambar Sendiri Di Hari Perkahwinan”