Ternyata bagi yang suka kan hiasan bunga di dalam rumah, hobi anda bukan sia-sia. Hal ini kerana, pokok-pokok tertentu berupaya memberikan manfaat yang maksima kepada pemilik. Antaranya seperti meneutralkan ruang udara dalam rumah, untuk rawatan terapi serta menyingkirkan udara toksik.
6 Pokok Yang Menyegarkan Udara Di Dalam Rumah & Mudah Dijaga
Namun begitu, antara halangan untuk menanam pokok dan bunga ialah ketahanan dan cara penjagaan memerlukan teknik yang berbeza. Malah ada juga bunga yang tidak tahan lama. Tapi, 6 pokok ini sememangnya tahan lasak, mudah dijaga, tak banyak karenah dan paling penting sekali ialah fungsi menyegarkan udara di dalam rumah anda.
1. Spider Plant berfungsi untuk menukarkan udara toksin menjadi oksigen
Source |
2. Peace Lily tersenarai dalam rekod NASA. Ia boleh menyingkirkan benzene, formaldehid trikloretilena, toluena, xilena. Siram sekali seminggu pun dah cukup. Mudah kan?
source google |
3. Snake Plant sesuai untuk menapis bahan pencemar udara, formaldehid yang biasanya dijumpai dalam bahan pencuci, tisu tandas, dsb. Sesuai diletak di dalam tandas dan bilik mandi anda.
Source |
4. Bamboo Palm, ke-3 terbaik untuk menyingkirkan formaldehid. Sesuai diletakkan di sekitar perabot
Source |
Baca Ini Fakta Sebenar Pencemaran Di China Yang Anda Tidak Tahu
5. Aloe Vera/ Lidah Buaya kerap ditanam kan? Dulu mama selalu tanam. Hehe. Selain menyingkirkan udara toksin, ia juga boleh digunakan untuk kulit anda ( parut atau terbakar) dan juga melebatkan kening, bulu mata. Sesuai diletak di sekitar dapur anda
Source |
6. Golden Pothos sesuai diletakkan di garaj kereta kerana ekzos kereta penuh dengan toksin formaldehid. Paling best pokok ni kekal bercahaya di dalam gelap.
Source |
2 thoughts on “6 Pokok Yang Menyegarkan Udara Di Dalam Rumah & Mudah Dijaga”