Baru-baru ini viral kisah 5 orang warga Malaysia yang diculik dan dirompak di Vietnam. Saya turut berasa simpati ke atas apa yang telah menimpa mereka. Syukur kepada Tuhan mereka selamat dan berjaya pulang ke Malaysia dengan bantuan rakan dan saudara di Malaysia.
Kalau menurut saya ini merupakan kes terpencil yang boleh berlaku di mana-mana, tidak semestinya di Vietnam. Saya sendiri pernah mengunjungi Vietnam bersama isteri dan rakan-rakan lain untuk tujuan business trip. Kami bernasib baik kerana semuanya berjalan lancar di sana. Mungkin kerana kami diiringi oleh tour guide yang menyambut kami seawal kami tiba di Lapangan Terbang dan sepanjang lawatan kami ke tempat-tempat yang kami lawati.
Di sesetengah tempat, tour guide kami sempat memberi peringatan untuk berhati-hati dan sentiasa berada di dalam kumpulan. Selain itu kami juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan dompet dan barangan peribadi kami yang lain seperti kamera dan telefon bimbit dari diragut oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Rentetan dari perkongsian pengalaman warga Malaysia diculik dan dirompak yang viral di media sosial itu, tampil seorang warga Vietnam (Vinh Nguyen) memberikan tips untuk menjaga keselamatan di ketika berada di Vietnam.
Tips Keselamatan Melancong Ke Vietnam Yang Anda Perlu Ambil Tahu
Hari ini saya sakit hati selepas membaca kes2 di Ho Chi Minh City terjadi dengan Rakyat Malaysia. Saya lagi sakit hati melihat ada berbanyak comments menggunakan perkataan yang sangat keras macam menghina Rakyat Vietnam walaupun Rakyat dan bangsa Kami tidak salah.
Ingatlah di dunia ini ada bermacam macam orang, manusia yang sama, orang yang jahat ada sedikit saja. Kalau Anda mau jalan2 sendiri mesti tengok tips2 dulu untuk menjauhi Perompak atau Penipu. Hari ini, Saya ada sedikit tips ingin berkongsi dengan Tuan2 & Puan2 untuk pergi Ho Chi Minh dengan selamat.
Airport: tiba airport ada 2 pilihan untuk pergi ke pasar Ben Thanh:
Taxi: Vina Sun Taxi , tolong ambil Taxi Vina Sun only. Sebab ini best Taxi Di Vietnam.
Bas: guna Bas Airport- City Center , Bas ini sangat cantik dan besih macam Bas di KL atau Singapore. 20.000 Dong seorang termasuk bagasi ( 4 RM) untuk pergi Ben Thanh market , driver dan Pembantu Bas boleh cakap Bahasa Inggris
Tourist Security: Tourist Security di mana mana dekat Pusat Bandar , kalau ada problem tolong contact Mereka untuk bantuan. Atau contact number :
Polis: 113
Emergency call ( Tourist Security): tel: 0862988888
Ho Chi Minh City Committee Hotline: 0888247247
Email: [email protected]
Konsulat Malaysia di Bandar Ho Chi Minh
Address: 1208 , Me Linh Point Tower
No 2, Jalan Ngo Duc Ke , Distrik 1, HCMC
Tel: +8488299023
*** Kalau Anda boleh harus guna travel agen untuk keselamatan dan untuk dapat perkhidmatan bagus. Vietnam masih selamat dan friendly dengan Malaysian Tourist…Kami cinta sama customer Malaysia dan semakin hari hubungan kedua negara sangat bagus, janganlah terngok kes2 yang ini dan takut. Kalau Mereka ada terngok tips2 untuk pergi Vietnam dulu sudah tidak terjadi macam ni.
Good Luck..!
Vietnam merupakan sebuah negara yang menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi bagi peniaga textile dan fesyen. Ini kerana ada beberapa material yang hanya boleh didapati di Vietnam untuk jaminan kualiti dan harga yang murah. Kualiti kain di Vietnam ini menjadikan isteri saya yang cukup cerewet tentang kualiti Inner Neck V Shape ini tersenyum lebar dan berpuas hati.
P/s: Teringat pulak cerita No Escape lakonan Owen Wilson yang diserang di Vietnam.
One thought on “Tips Keselamatan Melancong Ke Vietnam Yang Anda Perlu Ambil Tahu”