Untuk makluman, bahasa yang digunapakai untuk artikel ini lebih santai & bersahaja. Selamat membaca!
Masuk je ke Dewan Perdana Felda, terasa macam, isyh! Mewah betul makan kat sini weh. Dekorasi ala-ala zaman 40-60an dulu. Rasa lebih mesra, dan memang terfikir mesti banyak lauk kampung sedap ni.
Sebelum ni Dhia hanya tau nama jenama d’saji keluarkan produk rempah & minyak masak. Rupanya D’Saji ada lagi cabang perniagaan lain yang Dhia sendiri baru tau. Haha.
Felda D’Saji Sdn Bhd adalah anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda & dah lama sebenarnya menganjurkan bufet ramadhan. Produk bufet Ramadhan D’Saji dah wujud sejak tahun 2008.
Untuk bufet Ramadhan kat Dewan Perdana Felda, masakan disediakan oleh Chef Ismail Jaafar, pakar dalam masakan Melayu tradisi. Tema dan konsep di Dewan Perdana Felda lebih kepada masakan tradisi Melayu. Senang cerita banyak lauk kampung lah. Sedap weh!
Ruang dewan besar gila dan boleh memuatkan sehingga 1,100 orang tetamu. Bab ruang solat, parking, bilik persalinan semua tak perlu risau. Sebab kat Dewan Perdana Felda ada menyediakan semua kemudahan. Owh, parking percuma saja ya.
Belasan gerai khas berlainan menu ada disediakan untuk pilihan korang masa nak berbuka nanti. Dan antara menu paling sedap nak mati, semua sambal yang ada kat sana.
Isi Kandungan
5 Lokasi Bufet Ramadhan Milik Felda D’Saji
Dan untuk makluman, D’ Saji menganjurkan sehingga 5 lokasi berbeza untuk korang berbuka puasa. Serius Dhia ingat ada kat Dewan Perdana Felda je. Rupanya ada jugak bufet Ramadhan kat Tasik Titiwangsa, Kajang, Damansara dan Gombak.
Nah Dhia senaraikan 5 lokasi bufet Ramadhan ( Setiap lokasi berlainan menu & harga ya):
1.Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
Dewasa : 78+
Kanak2 : 45+
Contact person :
Pn. Emilda : 017-2886920
Cik Azizah : 019-2822933
2. Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
Dewasa : 79+
Kanak2 : 39+
Contact :
03-4021009
3. Kajang Perdana Avenue, Kajang
Dewasa : 49+
Kanak2 : 29+
Contact person :
En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232
4. Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
Dewasa : 39+
Kanak2 : 23+
Contact Person :
Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775
5. Orchard Villa, Jalan Gombak
Dewasa : 37+
Kanak2 : 22+
Contact :03-40210098
Ya Allah, tengah taip ni pun kecur air liur weh. Sedap! Dan menu istimewa kesukaan Dhia semestinya kambing bakar. Hmm. Sedapnya.
Korang perlu cuba rasa semua sambal yang ada. Ada sambal belacan, sambal tempoyak, rendang hitam perak, etc. Wajib cuba semua! Haha.
Bufet Ramadhan Serendah RM78 Di Dewan Perdana Felda D’Saji
Harga yang ditawarkan RM78+ seorang dewasa. Harga yang berbaloi sebab korang dapat berbuka kat kawasan yang agak cantik dekorasinya, menu pulak memang sampai menjilat jari.
Menu Kegemaran Penulis?
Menu paling sedap bagi Dhia adalah sambal tempoyak, sambal hitam, daging salai dan kerabu. Dan memang bertambah dua kali bila ada menu ni. Hehe.
Macamana Nak Tempah Bufet Ramadhan Dewan Perdana Felda?
Untuk membuat tempahan, Dhia sarankan hubungi :
Talian : 03.2698.8302
Website: feldadsaji.com.my
Facebook: feldadsaji
Instagram: feldadsaji
Peringatan: pastikan tempah awal. Jangan dah sampai dewan baru nak tempah. Memang full house terus. Hehe.