Juadah Berbuka Serendah RM120 di Restoran Rabbani Lamb House

Dah dua dekad berlalu, kumpulan nasyid terkenal, nama Rabbani masih lagi menjadi siulan anak-anak muda zaman sekarang. Malah lagu nasyid Rabbani menyimpan memori yang akan buat pendengar rasa asyik dengan setiap bait lagu Rabbani.

Restoran nasi arab kl rabbani

Tahun 2017 Rabbani mengambil satu langkah baru dengan membuka satu restoran nasi arab di Kuala Lumpur.

Bertempat di myfoodloft KL bersebelahan Jakel Mall KL, restoran Rabbani Lamb House menghidangkan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa nanti.

Juadah Berbuka Serendah RM120 di Restoran Rabbani Lamb House

Antara hidangan yang menjadi tarikan di sini semestinya Nasi Arab Berasap. Restoran Rabbani menawarkan harga pakej berbuka puasa serendah RM120 sahaja untuk 4 orang. Kiranya satu kepala RM30 sahaja. Murah bukan?

Restoran nasi arab kl rabbani

Anda boleh pilih lokasi berbuka puasa yang mengikut bajet masing-masing. Cumanya, bagi kami harga yang ditawarkan di Restoran Rabbani Lamb House dah cukup berbaloi untuk sekeluarga.

Peringatan: Kalau makan nasi arab gerenti korang boleh pengsan lepastu. Pengsan kekenyangan. Hehe

Dan setiap pembelian anda di restoran ni bukan saja masuk mulut kenyang sendirian. Malah, restoran Rabbani akan memberikan sumbangan pada Tabung Kemanusiaan Syria Care Malaysia. Sambil makan sambil beramal. Lebih berkah & lancar hidup nanti.

Untuk makluman, di restoran ni juga anda boleh berjumpa berdepan dengan kumpulan Rabbani & cuba kenal lebih rapat akan penyanyi nasyid kesayangan anda

Selain menghidangkan juadah berbuka puasa, anda boleh juga tonton persembahan khas dari beberapa kumpulan nasyid Malaysia seperti inteam, fareast, rabbani, Saujana, Nowseeheart, etc.

Jadual persembahan mengikut kumpulan:

Rabbani – isnin, rabu, ahad

Inteam – khamis

Fareast – Selasa

Nowseeheart – Sabtu

Munsyid Malaysia – jumaat

Lokasi restoran Rabbani Lamb House ni terletak di kawasan yang agak sibuk. Jadi, untuk mengelakkan kelewatan tempahan atau tempat penuh, ada baiknya anda buat tempahan di:

H/p : 013.513.8281

Facebook: facebook.com/rabbanilambhouse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *